Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian U19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,439

Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Salah satu daripada jawatan yang ditawarkan adalah Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19. Tugas Pembantu Pegawai Pergigian adalah membantu Pegawai Pergigian serta Pakar Pergigian dalam menjalankan tugas.

Jika anda merupakan seorang pencari kerja dan minat untuk kerja dalam sektor kerajaan serta memiliki sijil SPM sebagai syarat kelayakan akademik, anda bolehlah membuat permohonan jawatan ini. Permohonan jawatan ini perlu dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan perlu dibuat secara online.

Untuk makluman anda, anda boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa kerana permohonan dibuka sepanjang tahun. Permohonan anda sah dalam tempoh satu tahun. Ambilan pekerja bagi jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun. Ambilan akan dijalankan sekiranya terdapat kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian atau jabatan.

Dalam artikel ini, anda akan mendapat panduan lengkap tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian U19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Pembantu Pembedahan Pergigian U19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19

Sila teliti syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian U19 yang telah ditetapkan. Anda perlu memenuhi semua syarat-syarat kelayakan ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U19:RM1,418.12)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • Had umur pelantikan:
    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

BIDANG TUGAS PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19

Jika anda berminat dengan jawatan ini, anda perlu tahu tugas-tugas yang digalas oleh Pembantu Pembedahan Pergigian U19. Antara bidang tugas Pembantu Pembedahan Pergigian U19 adalah seperti berikut.

  • Menyambut dan mendaftar pesakit-pesakit.
  • Pembasmian kuman pada perkakasan pergigian.
  • Membantu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam pembedahan pesakit.
  • Mendaftar serta merekod hal-hal kewangan, sijil sakit dan penerangan kepada pesakit.
  • Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian semasa lawatan ke sekolah-sekolah.
  • Menempah serta merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain perkakasan seperti troli dan mesin.
  • Menyediakan penyata bulanan dan geraf.
  • Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Peperiksaan perlu diambil oleh calon yang permohonannya berjaya sahaja (seandainya jawatan yang anda pohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini akan dijalankan secara online. Beberapa aspek akan diuji dalam peperiksaan ini seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, daya penyelesaian masalah dan ujian psikometrik.

Kemudian, bagi calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online ini akan dipanggil untuk menjalani temuduga pula. Temuduga ini bertujuan untuk menilai sejauh manakah calon bersedia bagi menjawat jawatan dalam sektor kerajaan di samping menilai kebolehan berkomunikasi.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19

Layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) untuk memohon jawatan ini. Kemudian isi permohonan anda dalam borang SPA8i secara online. Klik link di bawah untuk memohon.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi SPA. Klik link yang disediakan di bawah.

Untuk pengetahuan anda, ambilan bagi tahun ini belum dibuka. Jika dibuka kelak, akan kami maklumkan kepada anda melalui hebahan di laman ini. Selamat berjaya buat anda yang memohon.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...