Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Pemuliharaan S19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,471

Anda merupakan lepasan SPM dan sedang mencari kerja dalam sektor kerajaan? Sukacita dimaklumkan kepada anda bahawa anda boleh memilih pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.

Anda perlu layari laman web rasmi SPA dan anda yang hanya perlu memiih jawatan yang ditawarkan. Salah satu jawatan dalam sektor kerajaan yang ditawarkan untuk anda mohon adalah jawatan Pembantu Pemuliharaan Gred S19. Pembantu Pemuliharaan ditugaskan untuk membaik pulih dan memelihara rekod kerajaan dalam pelbagai bentuk.

Jika anda berminat dengan jawatan ini bolehlah anda kemukakan permohonan. Permohonan bagi jawatan ini dibuka sepanjang tahun dan anda boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa sahaja. Tiada tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini. Permohonan anda sah sehingga satu tahun. Jika lepas setahun, anda perlu memohon semula.

Begitu juga dengan ambilan bagi jawatan ini. Ambnilan turut dibuka sepanjang tahun. Ambilan akan dijalankan sekiranya ada kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan.

Ingin memohon tetapi tidak tahu bagaimana? Atau inginkan lebih maklumat tentang permohonan jawatan ini? Baca artikel ini untuk dapatkan panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Pemuliharaan S19, syarat-syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan serta bidang tugas Pembantu Pemuliharaan S19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PEMULIHARAAN S19

Sebelum mengemukakan permohonan bagi jawatan ini, pastikan anda tahu tugas-tugas Pembantu Pemuliharaan S19, syarat-syarat kelayakan permohonan bagi jawatan ini dan juga anda perlu memnuhi semua syarat-syarat ini. Berikut merupakan syarat-syaratnya

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PEMULIHARAAN S19

Anda yang beminat untuk memohon jawatan ini haruslah mengetahui bidang tugas Pembantu Pemuliharaan S19. Antara bidang tugas Pembantu Pemuliharaan S19 adalah seperti berikut.

  • Menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan memulihara (termasuk tugas penjilidan) semua rekod kerajaan dalam pelbagai bentuk meliputi buku fail, peta, pelan, manuskrip, surat perjanjian, watikah, gambar dan seumpamanya.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Permohonan yang berjaya akan menempuhi tapisan seterusnya iaitu peperiksaan. Namun, hanya terdapat beberapa jawatan sahaja yang ditawarkan SPA terdapat peperiksaan. Anda akan diuji dalam beberapa aspek seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah dalam peperiksaan ini.
Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini untuk dipanggil temuduga.

Jika anda lulus dengan cemerlang, anda akan dipanggil untuk temuduga. Temuduga akan dijalankan oleh pegawai SPA dan akan menguji kebolehan anda berkomunikasi serta sejauh mana kesediaan anda dalam menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PEMULIHARAAN S19

Bagi mengemukakan permohonan dalam jawatan ini, anda perlu layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Isi permohonan anda di laman SPA8i. Sila klik link di bawah.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PEMULIHARAAN S19

Layari laman web rasmi SPA untuk anda dapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan ini. Klik link SPA di bawah.

Dimaklumkan bahawa ambilan bagi tahun ini belum dibuka secara rasmi dan akan dibuka kelak jika ada kekosongan. Pastikan anda setia membaca artikel di laman ini. Selamat berjaya buat anda yang memohon.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...