Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Penilaian W19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 819

Peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan sebenarnya sangat banyak dibuka untuk permohonan. Anda hanya perlu layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan seterusnya anda boleh memilih kerjaya dalam sektor kerajaan ini mengikut kelayakan dan minat anda.

Pelbagai jawatan daripada pelbagai kementerian serta jabatan kerajaan ditawarkan di laman ini. Anda boleh memohon jawatan yang anda minat secara online. Permohonan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan di dalam laman web SPA ini dibuka sepanjang tahun bermakna anda boleh memohon pada bila-bila masa. Tempoh sah permohonan anda adalah selama satu tahun.

Jawatan Pembantu Penilaian Gred W19 merupakan salah satu jawatan yang ditawarkan dalam laman web rasmi SPA ini. Umumnya, Pembantu Penilaian W19 ditugaskan untuk menjalankan penilaian berkaitan harta tanah. Jawatan ini diletakkan di bawah kategori kumpulan Pelaksana dan ditugaskan di pelbagai kementerian serta jabatan kerajaan.

Untuk makluman anda, ambilan dijalankan sepanjang tahun. Ambilan belum dibuka secara rasmi bagi tahun ini. Ambilan akan dijalankan sekiranya terdapat kekosongan bagi jawatan ini di mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan.

Di dalam artikel ini, anda akan diberi panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Penilaian W19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Penilaian W19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN W19

Anda perlu tahu syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan. Pastikan juga anda memenuhi syarat-syarat kelayakan memohon. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan momohon jawatan Pembantu Penilaian W19.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,465.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENILAIAN W19

Anda juga perlulah mempunyai pengetahuan tentang tugas-tugas yang digalas oleh Pembantu Penilaian W19. Antara bidang tugas Pembantu Penilaian W19 adalah seperti berikut.

  • Menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran.
  • Menerima arahan tugas informasi harta tanah.
  • Menerima arahan dan menjalankan latihan dan penyelidikan.
  • Mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Sebaik sahaja permohonan anda berjaya, anda perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. Peperiksaan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pengetahuan am, bahagian daya penyelesaian masalah dan juga bahagian ujian psikometrik.

Jika anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, anda akan dipanggil untuk temuduga pula. Temuduga merupakan tapisan ketiga anda sebelum anda layak menjawat jawatan ini. Temuduga ini adalah untuk melihat sejauh mana keyakinan anda dalam memegang jawatan dalam sektor kerajaan. Persediaan rapi amat diperlukan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN W19

Untuk memohon, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Link untuk ke laman SPA8i disediakan di bawah. Sila klik link tersebut dan isi permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN W19

Layari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan Pembantu Penilaian W19. Klik link yang disediakan di bawah.

Mohonlah segera jika anda memnuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan jika anda berminat dengan jawatan ini. Kami mendoakan kejayaan permohonan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...