Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,380

Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan pelbagai peluang kerjaya dalam sektor kerajaan dan pilihan kerjaya ini juga diasingkan mengikut kelayakan contohnya seperti PMR/PT3, SPM, STPM, Diploma, Ijazah dan lain-lain.

Jadi, buat anda yang berminat memohon jawatan dalam sektor kerajaan di SPA, perlulah peka dengan kelayakan yang dimiliki. Setiap gred kerjaya adalah berbeza bagi setiap kelayakan.

Salah satu jawatan yang dibuka untuk dipilih dalam SPA adalah jawatan Pembantu Perikanan G19. Jawatan ini terletak di bawah Jabatan Perikanan Malaysia. Tugas Pembantu Perikanan G19 adalah bertanggungjawab dalam hal-hal perancangan serta ternak air. Sijil SPM atau sijil lain yang setaraf diperlukan untuk memohon jawatan ini sebagai syarat kelayakan akademik.

Berminat dengan jawatan ini? Anda bolehlah kemukakan permohonan di laman web rasmi SPA. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa kerana permohonan dibuka sepanjang tahun. Tempoh sah laku permohonan adalah selama satu tahun. Jika melebihi setahun, permohonan perlu diisi semula.

Begitu juga dengan ambilan bagi jawatan ini. Ambilan akan turut dijalankan sepanjang tahun. Ambilan akan dijalankan sekiranya terdapat kekosongan jawatan ini di Jabatan Perikanan. Untuk tahun ini, ambilan belum dibuka. Ambilan akan dibuka sekiranya terdapat kekosongan jawatan ini.

Baca artikel ini untuk dapatkan panduan lengkap tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Perikanan G19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Perikanan G19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PERIKANAN G19

Terdapat beberapa syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan ini. Pastikan setiap pemohon memenuhi syarat-syarat ini terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PERIKANAN G19

Tugas utama Pembantu Perikanan adalah bertanggungjawab dalam perancangan serta ternak air. Namun, tugas Pembantu Perikanan bukanlah itu sahaja. Banyak lagi tugas lain yang dijalankan. Antara bidang tugas Pembantu Perikanan G19 adalah seperti berikut.

  • Mentadbir aktiviti ternak air dan perancangan, pelaksanaan dan pengawasan serta khidmat nasihat hal benih ikan dan penyakit ikan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Calon yang permohonannya berjaya perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan. Hanya sesetengah jawatan yang ditawarkan oleh SPA terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini perlu diambil secara online dan akan menguji calon dalam tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Selepas itu, calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam ini akan dipanggil menghadiri temuduga. Persediaan yang secukupnya perlu dilakukan dalam aspek komunikasi dan juga pengetahuan tentang jawatan yang dipohon untuk melihat sejauh mana calon bersedia bagi menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERIKANAN G19

Isi permohonan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Sila klik link yang telah disediakan di bawah.

Bagi mendapatkan panduan lengkap tentang cara-cara mengisi permohonan di SPA8i, sila baca Manual Pendaftaran Pekerja.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERIKANAN G19

Perlukan maklumat lebih lanjut tentang permohonan jawatan ini? Layari laman web rasmi SPA. Berikut merupakan link untuk ke laman web rasmi SPA.

Jangan tunggu lagi! Mohonlah jawatan ini dengan segera. Ini merupakan peluang keemasan anda untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Selamat berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...