Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Syariah LS19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,401

 

Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 merupakan jawatan yang ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal syariah. Jawatan ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Anda yang berminat dan memenuhi semua kelayakan yang telah ditetapkan bolehlah memohon jawatan ini. Pemohon perlu memiliki sijil SPM sebagai syarat kelayakan akademik bagi memohon jawatan ini.

Permohonan perlu dibuat melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sepanjang tahun. Ambilan akan dijalankan sepanjang tahun sekiranya ada kekosongan jawatan ini dalam Jabatan Perdana Menteri. Bagi tahun ini, ambilan belum dibuka dan apabila ada kekosongan nanti, ambilan akan dijalankan untuk mengisi kekosongan ini.

Ketahui cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Syariah LS19, syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Syariah LS19 dalam artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU SYARIAH LS19

Anda yang berminat untuk mengemukakan permohonan perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan permohonan terlebih dahulu. Anda juga perlu memenuhi syarat-syarat ini. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
    Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
  • Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,355.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,411.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,467.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU SYARIAH LS19

Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Syariah LS19. Anda harus mengambil tahu bidang tugas Pembantu Syariah LS19 sekiranya anda ingin memohon jawatan ini.

  • Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Hanya beberapa jawatan sahaja yang ditawarkan oleh SPA ini mempunyai peperiksaan. Oleh yang demikian, jika jawatan yang anda pohon ini terdapat peperiksaan, maka anda perlulah menduduki peperiksaan tersebut sekiranya permohonan anda berjaya. Peperiksaan ini dijalankan secara online dan merangkumi tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Setiap calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil pula untuk menghadiri temuduga. Calon perlulah bersedia dengan pengetahuan tentang jawatan yang dipohon dan menonjolkan kebolehan berkomunikasi.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU SYARIAH LS19

Untuk mengemukakan permohonan, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan di bawah.

Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU SYARIAH LS19

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Pembantu Syariah LS19? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

Anda dinasihatkan untuk memohon dengan segera jika berminat dengan jawatan ini. Pihak kami mendoakan kejayaan permohonan anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...