Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,233

 

 

Laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan satu laman online paling popular dalam pencarian kerja bagi sektor kerajaan. Buktinya, SPA menerima sebanyak 880,000 permohonan secara online bagi bulan Januari serta Februari tahun 2015 yang lalu.

Sepanjang tahun, kementerian serta jabatan kerajaan akan menawarkan jawatan kosong di laman web rasmi SPA ini untuk dimohon oleh warganegara Malaysia yang layak bagi mengisi jawatan yang terdapat kekosongan. Permohonan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan ini akan dibuka sepanjang tahun.

Variasi kelayakan akademik diperlukan dalam mengemukakan permohonan bagi jawatan-jawatan yang ditawarakan oleh SPA ini contohnya seperti PMR/PT3, SPM, Diploma, Ijazah dan lain-lain. Gred jawatan yang ditawarkan adalah berbeza bergantung kepada kelayakan akademik yang anda ada.

Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Gred N19 merupakan salah satu jawatan yang boleh anda mohon melalui SPA. Kelayakan akademik yang diperlukan dalam memohon jawatan ini adalah sijil SPM atau sijil yang setaraf dengannya.

Namun, untuk pengetahuan anda, ambilan bagi jawatan ini belum dibuka. Ambilan akan dibuka nanti jika ada kekosongan dalam jawatan ini. Anda masih boleh memohon walaupun ambilan belum dibuka kerana permohonan anda sah sehingga satu tahun.

Dapatkan maklumat lanjut tentang cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Pembantu Perkeranian/Operasi N19 dalam artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN/OPERASI N19

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
  • Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
  • kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

BIDANG TUGAS PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN/OPERASI W19

Sebelum memohon, pastikan anda berpengetahuan tentang tugas-tugas Pembantu Tadbir Perkeranian.Operasi N19. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N19.

  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Calon yang permohonannya berjaya perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini perlu diambil secara online dan merangkumi tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam ini akan dipanggil menghadiri temuduga. Persediaan yang secukupnya perlu dilakukan dalam aspek komunikasi dan juga pengetahuan tentang jawatan yang dipohon.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Untuk mengemukakan permohonan, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan di bawah.

permohonan

Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

laman web rasmi spa

Anda dinasihatkan untuk memohon dengan segera jika berminat dengan jawatan ini. Pihak kami mendoakan kejayaan permohonan anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...