Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,023

Setiap tahun, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima banyak permohonan jawatan dalam sektor kerajaan yang telah mereka tawarkan. Sebagai contoh, pada tahun 2017, SPA menerima sebanyak 1.5 juta permohonan. SPA menawarkan pelbagai jawatan untuk dipohon daripada pelbagai kementerian serta jabatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh SPA ini perlu dibuat secara online sepanjang tahun. Bagi anda yang sedang mencari kerja bolehlah melayari laman web rasmi SPA untuk memilih jawatan yang anda minati serta sesuai dengan kelayakan anda.

Salah satu jawatan yang ditawarkan dalam SPA ini adalah jawatan Pembantu Tadbir Undang-undang Gred L19. Tugas utama Pembantu Tadbir Undang-undang L19 adalah membuat fail-fail pendaftaran. Jawatan ini juga diletakkan di bawah pelbagai kementerian serta jabatan kerajaan.

Untuk makluman anda juga, setiap permohonan yang dibuat mempunyai tempoh sah laku sehingga satu tahun. Anda dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan dengan awal kerana jika ambilan dibuka, anda berpeluang untuk diterima menjawat jawatan ini.

Ketahui cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Tadbir Undang-undang L19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Pembantu Tadbir Undang-undang L19 dengan membaca artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU TADBIR UNDANG-UNDAG L19

Anda yang berminat untuk mengemukakan permohonan perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan permohonan terlebih dahulu. Anda juga perlu memenuhi syarat-syarat ini. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred L19: RM1,355.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred L19: RM1,411.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred L19: RM1,467.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU TADBIR UNDANG -UNDANG L19

Sebelum memohon, pastikan anda berpengetahuan tentang tugas-tugas Pembantu Tadbir Undang-undang L19. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Tadbir Undang-undang L19.

  • Bertanggungjawab membuat fail-fail pendaftaran dan menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam mengenai tarikh-tarikh perbicaraan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Setiap permohonan yang berjaya perlu menduduki tapisan seterusnya iaitu peperiksaan perkhidmatan awam. Namun, hanya beberapa jawatan yang ditawarkan SPA sahaja yang terdapat peperiksaan ini. Anda perlu menduduki peperiksaan ini secara online dan akan akan diuji dalam tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Setiap calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam ini akan dipanggil pula untuk menghadiri temuduga. Persediaan yang secukupnya perlu dilakukan dalam aspek komunikasi dan juga pengetahuan tentang jawatan yang dipohon untuk menghadapi temuduga ini.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR UNDANG-UNDANG L19

Untuk mengemukakan permohonan, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan di bawah.

permohonan

Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR UNDANG-UNDANG L19

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Pembantu Tadbir Undang-undang L19? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

laman web rasmi spa

Untuk pengetahuan anda, ambilan bagi jawatan ini hanya akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan. Bagi anda yang berhasrat untuk memohon jawatan ini, mohonlah segera. Semoga berjaya diucapkan kepada anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...