Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,476

Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 merupakan salah satu jawatan dalam sektor kerajaan yang dibuka untuk permohonan. Jawatan ini terletak di bawah kendalian pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan. Tugas utama Pemeriksa Kereta Motor AB19 adalah menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Permohonan jawatan ini boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sepanjang tahun serta permohonan tersebut sah sehingga tempoh satu tahun.

Sebenarnya bukan sahaja jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19 yang boleh anda mohon di laman SPA. Banyak lagi jawatan-jawatan lain dalam sektor kerajaan yang ditawarkan untuk anda mohon berdasarkan minat serta kelayakan akademik anda. Laman SPA merupakan laman mencari kerja paling popular dan jumlah permohonan jawatan dalam laman ini pernah mencecah 1.5 juta pada tahun 2017.

Bagi jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19, syarat kelayakan akademik yang ditetapkan adalah sijil SPM atau juga sijil-sijil lain yang setaraf dengannya. Untuk tahun ini, ambilan bagi jawatan ini masih belum dibuka dan akan dibuka sekiranya ada kekosongan kelak.

Dapatkan panduan lengkap permohonan jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19 melalui artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMERIKSA KERETA MOTOR AB19

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19. Sebelum memohon, pastikan anda tahu serta memenuhi semua syarat-syarat ini.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,420.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,478.24).

BIDANG TUGAS PEMERIKSAN KERETA MOTOR AB19

Sebelum memohon, pastikan anda berpengetahuan tentang tugas-tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19. Berikut merupakan bidang tugas Pemeriksa Pemeriksa Kereta Motor AB19.

  • Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Untuk makluman anda, bukan semua jawatan yang ditawarkan oleh SPA ini mempunyai peperiksaan. Hanya sesetengah jawatan sahaja yang terdapat peperiksaan. Jadi, jika jawatan yang anda pohon itu terdapat peperiksaan, anda harus menduduki peperiksaan sekiranya permohonan anda berjaya.

Peperiksaan ini perlu diambil secara online. Anda akan diuji dalam tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Seterusnya, setelah anda berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini, anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Dalam temuduga ini, anda akan diuji dengan kebolehan berkomunikasi serta pengetahuan anda dalam jawatan yang dipohon.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMERIKSA KERETA MOTOR AB19

Untuk mengemukakan permohonan, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan di bawah.

permohonan

Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMERIKSA KERETA MOTOR AB19

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

laman web rasmi spa

Bagi anda yang berminat untuk mengemukakan permohonan jawatan ini, mohonlah segera.Jangan tunggu lagi! Semoga berjaya diucapkan kepada anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...