Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Permohonan Dalam Talian Kemasukan Ke Program Asasi KM Ambilan Julai 2021

1,336

Kolej MARA mempelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Kolej MARA.

Seterusnya melayakkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman pelajaran MARA ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terpilih.

Dapatkan cara untuk membuat permohonan dalam talian kemasukan ke Program Asasi KM Ambilan Julai 2021 disini.

Baca juga: Semakan Keputusan Panggilan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru Online (eUKCG) ISMP

INFO RINGKAS PROGRAM ASASI KM AMBILAN JULAI 2021

Program Asasi Kolej MARA Tahun 2021 merupakan program kepada pelajar Bumiputera bagi mengikuti pengajian peringkat Asasi di Kolej MARA dalam kluster Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains. Program pengajian ini terdiri daripada senarai seperti berikut:

  1. Asasi Perniagaan (Universiti Kuala Lumpur)
  2. Asasi Perniagaan (Multimedia University)
  3. Asasi Perniagaan (Universiti Tenaga Nasional)
  4. Asasi Perniagaan (UCSI University)
  5. Asasi Perniagaan (Taylor’s University)
  6. Asasi Perniagaan (Asia Pacific University of Technology & Innonation)
  7. Asasi Perniagaan (Universiti Tun Abdul Razak)
  8. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Kuala Lumpur)
  9. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Teknologi Malaysia)
  10. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Teknologi Petronas)
  11. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Multimedia University)
  12. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Tenaga Nasional)
  13. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Malaysia Pahang)
  14. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (UCSI University)
  15. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Taylor’s University)
  16. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Asia Pacific University of Technology & Innovation)
  17. Asasi Sains (Universiti Kuala Lumpur)
  18. Asasi Sains (Management & Science University)
  19. Asasi Sains (Malaysian Allied Health Sciences University)
  20. Asasi Sains (UCSI University)
  21. Asasi Sains (Taylor’s University)
  22. Asasi Sains (Asia Pacific University of Technology & Innovation)

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM ASASI KM AMBILAN JULAI 2021

Tarikh permohonan bagi Program Asasi KM Ambilan Julai 2021 ialah pada:

  • 26 April 2021 hingga 30 Jun 2021

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan adalah seperti berikut:

SYARAT UMUM CALON

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera / Bumiputera Sabah / Bumiputera Sarawak / Orang Asli Semenanjung dan warganegara Malaysia.
  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 buat kali pertama pada tahun 2021.
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA.
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi penajaan untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.
  • Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.

SYARAT KHUSUS CALON

Cara Mohon Permohonan Dalam Talian Kemasukan Ke Program Asasi KM Ambilan Julai 2021

CARA MOHON

Permohonan dibuka secara online dipautan berikut:

  • http://www.mara.gov.my serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) http://apponline.mara.gov.my/upimonline.
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Asasi Kolej MARA Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Anda boleh membuat semakan keputusan permohonan di laman rasmi UPIM di pautan berikut:

Semakan boleh dibuat bermula:

  • 5 Julai 2021 hingga 18 Julai 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Program Asasi KM Ambilan Julai 2021 dengan menghubungi Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian
Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di:

  • Telefon: 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
  • E-mel: [email protected] 
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...