Permohonan Ikuti Program Persijilan & Diploma Kemahiran Malaysia Pusat Bertauliah KEMAS Sesi Januari 2022
Ada disini yang berminat untuk ikuti Program Persijilan & Diploma Kemahiran Malaysia Pusat Bertauliah KEMAS Sesi Januari 2022?
Anda boleh membuat permohonan disini sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Apakah syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan? Seterusnya muat turun borang dan buat permohonan jika menepati syarat tersebut.
BIDANG YANG DITAWARKAN
Isi Kandungan
Bidang pengajian yang ditawarkan di tawarkan di Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI) dan Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng (AKKGO) adalah seperti berikut:
SYARAT KEMASUKAN KE AKADEMI KEMAS SERI ISKANDAR
Syarat-syarat kemasukan ke Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI) ialah:
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun
- Kelayakan akademik:
a) SPM/SPM(V)/SPVM
b) Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan - Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain)
- Status perkahwinan adalah bujang
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 1(Mengikut bidang yang dipohon).
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 2 (Mengikut bidang yang dipohon).
- Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 -(Eksekutif Fesyen dan Pakaian) wajib memiliki SKM Tahap 3 (Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
- Bagi calon untuk kemasukan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 – (Pengurusan Fesyen dan Pakaian) wajib memiliki DKM Tahap 4 (Eksekutif Fesyen dan Pakaian).
- Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003)
- Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
SYARAT KEMASUKAN KE AKADEMI KEMAS GOPENG
Syarat-syarat kemasukan ke Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng (AKKGO) ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
- Kelayakan Akademik pemohon adalah seperti berikut:
a) SPM / SPM (V) / SPVM
b) Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan. - Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).
- Status Perkahwinan adalah Bujang
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 2 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik dan lain-lain sijil yang berkenaan sahaja.
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 3 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan wajib memiliki SKM Tahap 2 (Mengikut bidang yang dipohon).
- Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003)
- Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
CARA MOHON
Berminat? Download dahulu borang permohonan disini:
- Lengkapkan borang permohonan dan terus hantar ke alamat berikut:
Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar,
Seri Iskandar, Bota Perak
32600 Seri Iskandar, Perak Darul RidzuanAkademi Kemahiran Kemas Gopeng
Lot 133080 Laluan Persekutuan
31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan
Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya
IKLAN PENGAMBILAN
Anda juga boleh rujuk iklan pengambilan bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia KEMAS seperti dibawah:
Akademi Kemahiran Kemas Gopeng
Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar
Jika berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan, buat permohonan anda sekarang agar tidak terlepas peluang untuk ikuti Program Persijilan & Diploma Kemahiran Malaysia Pusat Bertauliah KEMAS Sesi Januari 2022.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.