Jawatan Kosong Personel MySTEP di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Semak Syarat Kelayakan & Cara Mohon Disini
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempelawa warganegara Malaysia untuk memohon jawatan Personel MySTEP yang telah dibuka permohonannya.
Anda boleh membuat permohonan secara online dan dapatkan cara membuat permohonan seperti yang dikongsikan disini.
Baca juga: 1,000 Jawatan Kosong Pembanci Personel My STEP Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mohon Segera
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PERSONEL MYSTEP KKMM
Isi Kandungan
Tarikh tutup permohonan jawatan Personel MySTEP di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah pada:
- 19 Mac 2021
JAWATAN YANG DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
Antara jawatan yang dibuka untuk permohonan ialah:
- Pereka
- Penolong Pegawai Media Sosial dan Kandungan Kreatif
- Jurufotografi
SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT JAWATAN
Berikut adalah syarat kelayakan mengikut jawatan yang ditawarkan:
PEREKA
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 40 tahun
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Art and Design/ multimedia/ media kreatif atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KEMAHIRAN DIPERLUKAN & RINGKASAN BIDANG TUGAS
- Berkemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Premiere atau yang berkaitan dengan penghasilan rekaan grafik, animasi grafik dan grafik video serta penghasilan slaid untuk pembentangan seperti PowerPoint Advanced, Issuu, Visme atau Prezi.
- Berkemahiran dalam penyediaan infografik, videografik dan rekaan visual secara harian dan mingguan bagi tujuan muat naik di akaun rasmi media sosial, laman web, bahan-bahan pameran dan penerbitan.
- Komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan berdasarkan tugasan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum.
TEMPOH KONTRAK
- April hingga Disember 2021
KADAR GAJI
- RM2,000
PENOLONG PEGAWAI MEDIA SOSIAL & KANDUNGAN KREATIF
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 40 tahun
- Mempunyai diploma atau kelulusan yang setarat dengannya dalam bidang
perhubungan awam atau bidang-bidang berkaitan.
KEMAHIRAN DIPERLUKAN & RINGKASAN BIDANG TUGAS
- Mahir dalam mengendalikan media sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, TikTok, Clubhouse, LinkedIn dan lain-lain) seperti cross-posting, Facebook Live, virality dan juga real time postings bagi liputan program/aktiviti.
- Berkemahiran menulis/copywriting dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.
- Bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan kreatif (creative content) dan penulisan berbentuk promosi, penjelasan/penerangan serta laporan bagi pengisian akaun rasmi media sosial dan kandungan laman web Kementerian.
- Bertanggungjawab melaksana pemantauan trend, persepsi dan reaksi terhadap program, dasar dan isu semasa berkaitan Kementerian atau pemegang taruh melalui media sosial.
- Komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan berdasarkan tugasan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum.
- Berkebolehan menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris.
TEMPOH KONTRAK
- April hingga Disember 2021
KADAR GAJI
- RM1,800
JURUFOTOGRAFI
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 40 tahun
- Diploma dalam bidang fotografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
KEMAHIRAN DIPERLUKAN & RINGKASAN BIDANG TUGAS
- Berkemahiran menggunakan peralatan kamera dan video.
- Berkemahiran menggunakan Adobe Premier, After Effect, Photoshop, Final Cut Pro dan perisian-perisian berkaitan.
- Berkemahiran dalam penyuntingan video dan penghasilan grafik video.
- Bertanggungjawab membuat liputan foto, merekod dan menyelaras galeri foto (arkib) bagi semua program rasmi Kementerian, melaksanakan proses editing dan lain-lain yang berkaitan.
- Komited, kreatif, boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum serta bekerja lebih masa/hujung minggu berdasarkan tugasan.
TEMPOH KONTRAK
- April hingga Disember 2021
KADAR GAJI
- RM1,800
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PERSONEL MYSTEP KKMM
Untuk membuat permohonan, anda perlu menghantar emel ke:
DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama permohonan anda adalah:
- Resume yang lengkap gambar ukuran pasport terkini
- Sijil akademik SPM/Diploma/Ijazah yang relevan
- Lain-lain sijil yang relevan
MANFAAT YANG DIPEROLEHI
Sekiranya anda layak, anda akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:
- Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO
UPDATE TERKINI MYSTEP
Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.