Temuduga Terbuka Personel MySTEP Pembanci Negeri Johor. Gaji Lumayan & Pelbagai Insentif Menanti Anda, Mohon Segera!
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor mempelawa rakyatnya untuk memohon jawatan sebagai Pembanci di bawah Personel MySTEP dengan gaji yang lumayan beserta pelbagai manfaat untuk anda.
Anda juga boleh memohon pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan di Karnival Prihatin Kerjaya PERKESO Negeri Johor 2021 dengan 2,000 jawatan kosong di 4 lokasi yang berdekatan dengan anda.
Rujuk: 2,000 Jawatan Kosong Menanti Pencari Kerja Johor Di Karnival Prihatin Kerjaya Negeri Johor 2021
TARIKH TEMUDUGA TERBUKA PERSONEL MYSTEP PEMBANCI
Isi Kandungan
Tarikh temuduga terbuka bagi jawatan Personel MySTEP Pembanci ialah:
- Tarikh: 12 April 2021
- Masa: 9 pagi hingga 3 petang
- Tempat: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor
KEKOSONGAN JAWATAN
Kekosongan jawatan Personel MySTEP Pembanci di Negeri Johor adalah di kawasan seperti berikut:
- Johor Bahru
- Pasir Gudang
KELAYAKAN AKADEMIK UNTUK SYARAT LANTIKAN
Antara kelayakan akademik untuk syarat lantikan adalah seperti berikut:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Kelayakan yang setaraf dengannya
- Semua pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
KADAR GAJI PEMBANCI
Kadar gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- RM1,600 termasuk potongan PERKESO dan KWSP
MANFAAT YANG DIPEROLEHI
Sekiranya anda layak, anda akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:
- Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO
CARA MOHON JAWATAN PERSONEL MYSTEP PEMBANCI
Untuk membuat permohonan Personel MySTEP sebagai Pembanci Negeri Johor sangat mudah kerana anda hanya perlu:
- Terus hadir ke Temuduga Terbuka yang bertempat di Jabatan Perangkaan Negeri Johor
DOKUMEN SOKONGAN
Bawa bersama dokumen sokongan seperti berikut yang perlu anda bawa ketika temuduga terbuka Personel MySTEP Pembanci Negeri Johor seperti berikut:
- Resume terkini
- Gambar berukuran pasport
- Sijil akademik SPM/Setaraf
UPDATE TERKINI MYSTEP
Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.