Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pertindihan Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri Bagi Tahun 2022, Ada Cuti Ganti Tak?

2,660

Apa yang diketahui oleh seeluruh rakyat Malaysia, tahun 2022 ini terdapat banyak cuti yang agak panjang termasuk pada cuti bulan Mei nanti.

Ini kerana cuti Hari Pekerja 1 Mei 2022 jatuh pada hari Ahad dan dibawa ganti secara automatik diseluruh Malaysia pada hari Isnin dan seterusnya cuti Hari Raya Aidilfitri pada hari Selasa dan Rabu iaitu pada 3 dan 4 Mei 2022.

Bagaimana pula dengan cuti Tahun Baru Cina dan hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada hari Selasa, 1 Februari 2022? Adakah terdapat cuti gantian untuk hari berikutnya? Dapatkan jawapannya disini ya!

AKTA HARI KELEPASAN 1951

Syarikat bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diperuntukkan untuk memberi cuti am bergaji kepada pekerja bagi mematuhi subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) Wilayah Persekutuan.

Syarikat juga dinasihatkan supaya menurut Seksyen 60D (2) daripada Akta Kerja 1955 iaitu pekerja yang tidak hadir bekerja pada hari bekerja sejurus sebelum atau selepas cuti umum tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada majikannya tidak berhak mendapat apa-apa gaji hari kelepasan untuk cuti atau hari kelepasan berturut-turut.

Jadi, adakah terdapat gantian hari cuti automatik bagi pertindihan Tahun Baru Cina dan hari Wilayah Persekutuan?

TARIKH PERTINDIHAN CUTI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN & NEGERI

Untuk pengetahuan anda, hari pertama Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari bekerja iaitu:

  • Selasa, 1 Februari 2022

Maka, TIADA cuti gantian secara automatik diperuntukkan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

CUTI GANTIAN AUTOMATIK

Cuti gantian secara automatik pada hari berikutnya hanya diberikan jika hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan (Jumaat atau Ahad) mengikut negeri masing-masing selaras dengan seksyen 3 Akta 369.

Pertindihan Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri Bagi Tahun 2022, Ada Cuti Ganti Tak?

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN & NEGERI

Rujuk jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri berikut:

Pertindihan Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri Bagi Tahun 2022, Ada Cuti Ganti Tak?

Rujuk: Rancang Cuti Lebih Awal. Ini Jadual Hari Kelepasan Am Tahun 2022 Bagi Persekutuan & Negeri

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...