Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Dibuka. Semak Cara Mohon Disini

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara bagi Tahun 2021 bermula 7 Mac hingga 13 Mac 2021.

Anda diingatkan untuk membuat permohonan dengan segera kerana tarikh permohonan adalah selama 7 hari sahaja.

Baca juga: Cara Daftar Dana Didik Johor 2021. RM100 Setiap Bayi Yang Lahir Di Johor

Nak mohon? Dapatkan cara membuat permohonan, semakan kelayakan dan cara menghantar borang permohonan melalui perkongsian ini.

TARIKH PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA YPJ

Tarikh permohonan dibuka bermula:

  • 7 Mac 2021 hingga 13 Mac 2021

JENIS IPT & TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA

Terdapat 2 jenis IPT yang ditaja beserta taraf pengajian seperti berikut:

IPTA

  • Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)

IPTS

  • Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)
  • Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)
    Marsah (Diploma sahaja)

SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA YPJ

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Lahir dan menetap di Johor.
  • Mendapat tawaran kemasukan / sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan.
  • Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.
  • Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa).
  • Kursus yang diikuti mestilah SEPENUH MASA.
  • Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).
Nota: Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

CARA MOHON PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA YPJ

Untuk membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Dibuka. Semak Cara Mohon Disini

  • Pada bahagian PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGERI, klik KLIK UNTUK MOHON
  • Lengkapkan borang permohonan anda.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Dibuka. Semak Cara Mohon Disini

  • Seterusnya cetak slip permohonan anda.
  • Hantar slip permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan.
  • Permohon yang berjaya akan menerima surat tawaran dan 1 set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon.
  • Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
  • Salinan Surat Tawaran IPT
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil SPM
  • Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  • Lain-lain Dokumen Berkaitan

Nota:

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya.

CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN & SOKONGAN

Cara menghantar dokumen permohonan dan sokongan adalah seperti berikut:

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Dibuka. Semak Cara Mohon Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ, sila hubungi YPJ:

Whatsapp

  • Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
  • Aduan Pelanggan: 013-7411 355
  • Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355
  • Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753

Emel

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.