Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pinjaman Pelajaran Negeri Kedah Sehingga RM6000. Mohon Segera!

0 1,696

Kerajaan Negeri Kedah melalui agensinya yang diberi nama Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) menawarkan pinjaman pelajaran yang boleh dipohon oleh setiap warga Kedah yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran.

Baca juga: Cara Mohon Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Usaha murni kerajaan negeri Kedah ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi berilmu yang mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negeri dan juga negara.

kedah 4

Pinjaman yang diberikan oleh LBNK adalah bermula dari peringkat sijil sehinggalah ke peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian di dalam negara yang tersenarai di bawah tajaan LBNK. Kadar pinjaman pula adalah seperti yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian dan juga tahun pengajian tersebut.

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

Buat semua warga Kedah yang berhasrat untuk mengemukakan permohonan pinjaman ini bolehlah menandakan tarikh permohonan pinjaman ini dibuka di dalam kalender anda. Pastikan anda membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan. Tarikh permohonan adalah seperti berikut.

  • Tarikh Permohonan Pinjaman LBNK: 15 Ogos 2018 – 15 September 2018

(Tarikh ini bergantung kepada perubahan semasa yang dilakukan oleh LBNK.)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN LBNK

Sebelum anda membuat permohonan, pastikan anda meneliti syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu. Pastikan juga anda memenuhi syarat-syarat berikut untuk memastikan anda boleh memohon pinjaman pelajaran ini. Antara syarat-syaratnya adalah:

  • Anak negeri Kedah Darul Aman iaitu pemohon lahir di negeri Kedah ataupun salah seorang daripada ibu atau bapa pemohon dilahirkan di negeri Kedah.
  • Mendapat tawaran menyambung pengajian di IPT dalam negara sahaja.
  • Pemohon tidak ditaja oleh penaja lain.
  • Pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama secara sepenuh masa.
  • Mengikuti pengajian di IPT yang ditawarkan pinjaman sahaja.
  • Untuk bidang pengajian tahap PhD tidak dibenarkan memohon.

SENARAI IPT YANG DITAJA OLEH LBNK

Untuk pengetahuan anda, tidak semua IPT ditaja oleh LBNK. Hanya IPT yang disenaraikan sahaja mendapat tajaan dari LBNK. Ini bermaksud jika anda mendapat tawaran di salah satu IPT yang disenaraikan di bawah, anda layak untuk memohon pinjaman ini.

Berikut merupakan senarai IPT yang mendapat tajaan daripada LBNK.

  • Semua Universiti Awam (UA) di Malaysia.
  • Semua Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Semua Politeknik awam di Malaysia
  • Semua Kolej Komuniti Cawangan Kedah sahaja.
  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS)
  • UNITAR
  • Universiti Darul Iman (UDM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Tun Hussein Onn (UTHO)
  • Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
  • Kolej Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia (KUSTEM)
  • Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST)
  • Universiti Industri Selangor (UNISEL)
  • Terengganu Advance Technical Institute (TATI)
  • Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia

KADAR PINJAMAN PELAJARAN LBNK

Kadar pinjaman bagi setiap tahap pengajian adalah berbeza. Jadual berikut menunjukkan kadar pinjaman yang diberikan melalui pinjaman pelajaran LBNK.
Kedah 1

Diingatkan juga kepada anda bahawa tahap pengajian ijazah sarjana atau Master serta Doktor Falsafah (PhD) tidak ditawarkan dalam pinjaman ini.

CARA-CARA MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN LBNK

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan dan berhasrat untuk memohon pinjaman ini, anda boleh berbuat demikian secara online. Namun, permohonan hanya boleh dibuat apabila tarikh permohonan dibuka nanti. Cara-caranya seperti berikut:

  • Layari laman web rasmi LBNK. Klik link berikut: http://www.lbnk.gov.my/v3/
  • Klik pada Borang Permohonan Biasiswa Pelajaran
  • Isi borang tersebut dengan lengkap.
  • Tekan butang ‘submit’.

Kedah 2

MAKLUMAT BERKAITAN LBNK

Untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak LBNK sendiri. berikut disertakan nombor telefon dan juga alamat wisma LBNK.

  • Alamat: Lembaga Biasiswa Negeri Kedah, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman, Alor Star, Kedah.
  • Nombor Telefon: 04-7744453
  • Nombor Faks: 04-7744454
  • Layari laman web rasmi LBNK di link berikut: http://www.lbnk.gov.my/v3/

Kepada warga Kedah yang memenuhi syarat-syarat memohon, ayuhlah segera membuat permohonan apabila tarikhnya dibuka kelak. Kami mendoakan kejayaan permohonan anda!

Lanjut sila lawati LBNK.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...