Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Proses Pengambilan Polis 2018 Diperketat Kerana Anggota Bermasalah

0 1,448

Bagi anda yang ingin menyertai PDRM bermula tahun depan, anda perlu melalui ujian sampel rambut bagi mengesan penyalahgunaan dadah sebelum diserap masuk sebagai anggota.

Ini kerana sejak 2010 hingga November tahun ini, seramai 2,738 orang didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata mekanisme baharu itu dijangka dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat swasta.

Jadi, bermula tahun depan semua yang ingin menyertai pasukan (PDRM) akan menjalani ujian ini.

Proses Pengambilan Polis 2018

“Ujian ini membolehkan kita mengetahui adakah orang itu menggunakan dadah dalam tempoh lama, dengan mengambil sampel rambut untuk pengesahan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang, di George Town hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk A.Thaiveegan dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu menggantikan Datuk Chuah Ghee Lye yang bersara wajib.

Abdul Rahim berkata berdasarkan kajian yang dijalankan, pihaknya mendapati 25 peratus daripada pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah mengambil bahan terlarang itu sebelum menyertai PDRM.

Sementara itu, beliau berkata sehingga November lepas, terdapat 10,607 pegawai dan anggota polis yang masih mengalami masalah hutang serius berbanding 15,478 orang pada awal tahun ini.

Mereka ini hanya menerima gaji bersih tidak sampai 40 peratus daripada gaji kasar dan kebanyakan yang terlibat berusia 30 hingga 35 tahun dan 50 hingga 55 tahun, katanya.

“Mulai tahun ini pegawai dan anggota polis hanya boleh berhutang menerusi koperasi PDRM sahaja dalam usaha kami mengurangkan jumlah mereka terlibat dalam keberhutangan,” katanya.

Bagi anda yang ingin memohon sebagai Polis, sila rujuk: Cara Memohon Kerja Sebagai Anggota Polis 2018

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...