Portal MyUPU: Login, Semakan & Permohonan IPT & ILKA Kini Lebih Mudah Untuk Lepasan SPM

Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) memperkenalkan Portal MyUPU, portal bersepadu baharu untuk permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian ke peringkat asasi, diploma serta sijil mulai sesi akademik 2020/2021.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, portal tunggal tersebut bertujuan membolehkan lebih ramai lepasan SPM berpeluang melanjutkan pelajaran di samping mengelakkan berlakunya pertindihan tawaran.

“Tahun ini kami gabungkan, hanya gunakan ‘single window’ untuk semua penempatan ke IPT kerana tujuan kami adalah untuk mengelakkan berlakunya tawaran bertindih.

“Kami mahu mengelakkan seorang pelajar mendapat dua tiga tawaran seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun lepas terdapat 10,000 tempat dari keseluruhan institusi pengajian tidak diisi, jadi menerusi MyUPU diharapkan ia dapat memaksimumkan kapasiti yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Masuk IPT 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Portal MyUPU: Login, Semakan& Permohonan IPT & ILKA Kini Lebih Mudah Untuk Lepasan SPM

INFO PERMOHONAN UPU

Di bawah merupakan senarai panduan, info permohonan dan syarat kemasukan UPU 2020 yang perlu anda ambil tahu untuk sesi pengambilan kali ini.

👉Tarikh Pembelian No Pin UPU BSN
👉Permohonan UPU Online 2020 Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA di Buka
👉Syarat AM Kemasukan UPU Lepasan SPM Setaraf
👉Syarat Mohon Kemasukan Ke UITM
👉Permohonan Guru IPG PISMP / Permohonan Ke Institut Pendidikan Guru 2020
👉Syarat Permohonan Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
👉Syarat Kemasukan Ke IKM MARA & Kolej Kemahiran Tinggi MARA
👉Syarat Permohonan IPG
Source Sinar
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.