Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon PPR Sarawak. Dimiliki Atau Disewa? RM150 Sebulan Selama 6 Tahun

2,402

Jika anda merupakan rakyat negeri Sarawak yang belum pernah memiliki rumah atau ingin menyewa rumah boleh buat permohonan rumah PPR Sarawak disini.

Anda juga boleh mendapatkan kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan Rumah PPR Sarawak pada artikel yang dikongsikan disini.

Jika layak, terus buat permohonan dengan segera agar anda tidak terlepas peluang untuk memiliki atau menyewa rumah PPR seperti yang anda idamkan selama ini.

INFO RINGKAS PPR

Bagi yang belum tahu apa itu Rumah PPR, Rumah PPR ialah:

  • Rumah PPR adalah salah satu Program Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) apabila projek perumahan tersebut telah siap.
  • Terdapat 2 program dibawah Rumah PPR iaitu:
    a) PPR dimiliki
    b) PPR disewa

Baca juga: Rumah Selangorku: Pendaftaran, Permohonan & Semakan Status Online

HARGA RUMAH DIMILIKI & DISEWA

Berapa harga bagi Rumah PPR Dimiliki?

Harga bagi Rumah PPR Dimiliki ialah:

  • Antara RM50,400 dan RM59,200
  • Pembiayaan adalah melalui anak syarikat HDC iaitu Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd

Bayaran Rumah PPR Disewa pula:

  • RM150 sebulan termasuk kos penyelenggaraan
  • Tempoh sewaan rumah pula selama 6 tahun

CIRI RUMAH PPR SARAWAK

Mungkin tiada perbezaan ciri Rumah PPR di Sarawak dengan Rumah PPR di negeri lain.

Spesifikasi Rumah PPR di Sarawak adalah seperti berikut:

  • Rumah teres satu tingkat atau rumah pangsa
  • Minimum keluasan 750 kps
  • 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Ruang tamu dan ruang makan
  • Pembinaan menggunakan sistem IBS atau kaedah konvensional

Cara Mohon PPR Sarawak. Dimiliki Atau Disewa? RM150 Sebulan Selama 6 Tahun

KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH PPR SARAWAK

Semak dahulu kelayakan permohonan Rumah PPR Sarawak dan kelayakannya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia bermastautin di Sarawak
  • Umur 18 hingga 65 tahun
  • Sudah berkahwin
  • Tidak memiliki rumah/tanah
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
  • Keutamaan bagi penghuni Kawasan setinggan (*untuk PPR Disewa)

CARA MOHON

Sebelum membuat permohonan, sila muat turun borang permohonan disini dahulu:

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN

Hantarkan borang permohonan anda beserta dokumen sokongan seperti senarai berikut:

  • 1 salinan MyKad pemohon dan suami/isteri
  • 1 salinan Sijil Kahwin/Cerai
  • 1 salinan slip gaji terkini atau pendapatan pemohon dan suami / isteri
  • 1 salinan resit penyewaan rumah jika sedang menyewa
  • 1 salinan penyata kira-kira KWSP

Anda akan menerima surat tawaran daripada HDC sekiranya permohonan anda berjaya.

Baca juga: RM200 Sebulan. Ini Cara Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak HDC Bagi B40

Cara Mohon PPR Sarawak. Dimiliki Atau Disewa? RM150 Sebulan Selama 6 Tahun

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Rumah PPR negeri Sarawak, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...