Jika anda merupakan rakyat negeri Sarawak yang belum pernah memiliki rumah atau ingin menyewa rumah boleh buat permohonan rumah PPR Sarawak disini.
Anda juga boleh mendapatkan kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan Rumah PPR Sarawak pada artikel yang dikongsikan disini.
Jika layak, terus buat permohonan dengan segera agar anda tidak terlepas peluang untuk memiliki atau menyewa rumah PPR seperti yang anda idamkan selama ini.
INFO RINGKAS PPR
Isi Kandungan
Bagi yang belum tahu apa itu Rumah PPR, Rumah PPR ialah:
- Rumah PPR adalah salah satu Program Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) apabila projek perumahan tersebut telah siap.
- Terdapat 2 program dibawah Rumah PPR iaitu:
a) PPR dimiliki
b) PPR disewa
Baca juga: Rumah Selangorku: Pendaftaran, Permohonan & Semakan Status Online
HARGA RUMAH DIMILIKI & DISEWA
Berapa harga bagi Rumah PPR Dimiliki?
Harga bagi Rumah PPR Dimiliki ialah:
- Antara RM50,400 dan RM59,200
- Pembiayaan adalah melalui anak syarikat HDC iaitu Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd
Bayaran Rumah PPR Disewa pula:
- RM150 sebulan termasuk kos penyelenggaraan
- Tempoh sewaan rumah pula selama 6 tahun
CIRI RUMAH PPR SARAWAK
Mungkin tiada perbezaan ciri Rumah PPR di Sarawak dengan Rumah PPR di negeri lain.
Spesifikasi Rumah PPR di Sarawak adalah seperti berikut:
- Rumah teres satu tingkat atau rumah pangsa
- Minimum keluasan 750 kps
- 3 bilik tidur dan 2 bilik air
- Ruang tamu dan ruang makan
- Pembinaan menggunakan sistem IBS atau kaedah konvensional
KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH PPR SARAWAK
Semak dahulu kelayakan permohonan Rumah PPR Sarawak dan kelayakannya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia bermastautin di Sarawak
- Umur 18 hingga 65 tahun
- Sudah berkahwin
- Tidak memiliki rumah/tanah
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
- Keutamaan bagi penghuni Kawasan setinggan (*untuk PPR Disewa)
CARA MOHON
Sebelum membuat permohonan, sila muat turun borang permohonan disini dahulu:
- https://hdc.sarawak.gov.my/upload/file_folder/Borang2/BORANG%20PERMOHONAN%20RUMAH.pdf
- Lengkapkan permohonan anda dan hantar bersama dokumen sokongan ke Pejabat HDC yang terdekat dengan anda.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN
Hantarkan borang permohonan anda beserta dokumen sokongan seperti senarai berikut:
- 1 salinan MyKad pemohon dan suami/isteri
- 1 salinan Sijil Kahwin/Cerai
- 1 salinan slip gaji terkini atau pendapatan pemohon dan suami / isteri
- 1 salinan resit penyewaan rumah jika sedang menyewa
- 1 salinan penyata kira-kira KWSP
Anda akan menerima surat tawaran daripada HDC sekiranya permohonan anda berjaya.
Baca juga: RM200 Sebulan. Ini Cara Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak HDC Bagi B40
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Rumah PPR negeri Sarawak, sila dapatkan di:
- Portal Rasmi HDC
- Pejabat HDC Kuching, Sibu dan Miri
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.