Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Syarat Kelayakan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang & Cara Semakan

518

Selepas ini rakyat Malaysia sudah membeli insurans atau takaful dengan kadar yang paling murah melalui Program Baucar Perlindungan Tenang.

Program Baucar Perlindungan Tenang adalah berharga RM50 dan pastinya ia dapat dimanfaatkan sehingga 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Apa pula syarat kelayakan dan cara membuat semakan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang ini?

INFO PROGRAM BAUCAR RM50 PERLINDUNGAN TENANG

Apa itu Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang?

  • Bantuan program Baucar Perlindungan Tenang hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat insurans dan takaful akan membantu penerima BPR membeli perlindungan insurans dan takaful daripada penyedia berlesen.
  • Merupakan insurans kos rendah bernilai RM50 sebagai bantuan kewangan kepada golongan B40 untuk membeli produk Perlindungan Tenang.
  • Rakyat boleh membeli atau menyertai pelan perlindungan yang mampu dan mudah difahami, dengan proses tuntutan yang senang dan ringkas.

TEMPOH PENGGUNAAN BAUCAR

Penerima BPR boleh menggunakan baucar RM50 Perlindungan Tenang mulai:

  • 30 September 2021 hingga 30 September 2022

SYARAT KELAYAKAN

Terma dan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang adalah seperti berikut:

  • Layak untuk penerima BPR sahaja
  • Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahaja
  • Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan
  • Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.

CARA SEMAKAN PROGRAM BAUCAR RM50 PERLINDUNGAN TENANG

Terdapat 2 kaedah semakan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang bagi penerima BPR iaitu:

Manual

  • Mengunjungi ke wakil insurans/pengendali Takaful atau rakan kongsi

Online

Syarat Kelayakan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang & Cara Semakan

Syarat Kelayakan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang & Cara Semakan

Baca juga: Dah Boleh Daftar Akaun ASB Online Via Aplikasi MyASNB Je. Ini Caranya & Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

SUMBER

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang, sila dapatkan disaluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...