MARA menawarkan peluang pengajian ke peringkat pasca siswazah di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka di dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insan keperluan negara.
Program yang ditawarkan ialah Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) boleh dimohon secara online sahaja melalui pautan yang dikongsikan melalui perkongsian ini.
Baca juga: Permohonan Masuk Matrikulasi Lepasan SPM Sesi 2020,PISMP & PPC Dibuka. Semak Cara Mohon Disini
TARIKH PERMOHONAN PROGRAM GRADUAN CEMERLANG (GrEP 2021)
Isi Kandungan
Permohonan secara atas talian telah dibuka pada:
- 1 Mac 2021 hingga 19 Mac 2021
TEMPOH PINJAMAN
Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
- Sarjana : 2 tahun
- Doktor Falsafah : 4 tahun
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Terdapat syarat kelayakan permohonan iaitu:
SYARAT UMUM
- Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan
Bumiputera dan warganegara Malaysia. - Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
- Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan dalam para 2.2.1.
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
- Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
- Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
- Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.
SYARAT AKADEMIK
Antara syarat akademik yang perlu dipenuhi ialah:
- Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part I dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang- kurangnya enam (6) bulan.
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
SYARAT PROGRAM
Pemohon Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) perlu membuat semakan syarat program seperti berikut:
- Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Mei 2021.
- Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
- Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti di LAMPIRAN A.
- Mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti di LAMPIRAN B.
- Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
- Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja
mengikut kursus dalam bidang terpilih seperti di Lampiran C.
SENARAI INSTITUT PENGAJIAN
Antara institut pengajian yang terlibat ialah:
KURSUS BAGI PROGRAM GRADUAN CEMERLANG TAHUN 2021
Bidang pengajian yang ditawarkan ialah:
CARA MOHON
Permohonan perlu dibuat secara online di laman web rasmi MARA iaitu:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat seterusnya mengenai Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) disaluran berikut:
- Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur - Telefon: 03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)
Telefon: 03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara) - Emel: [email protected] (bagi permohonan dalam negara)
Emel: [email protected] (bagi permohonan luar negara)
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.