Pendaftaran Program Intervensi Awal Pusat Anis Kini Di Buka. Ini Syarat & Dokumen Diperlukan

Kerajaan Negeri Selangor melalui YAWAS telah menyediakan pelbagai program untuk Golongan Orang Kurang Upaya di negeri tersebut.

Dan terkini YAWAS telah mengadakan Program Intervensi Awal Pusat Anis dan pendaftaran adalah sehingga 30 Julai 2021.

Teruskan bacaan anda dan dapatkan cara membuat permohonan Program Intervensi Awal Pusat Anis disini.

Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan

PROGRAM INTERVENSI AWAL ANIS YAWAS

Program Intervensi Awal Pusat Anis ini dibuka untuk:

  • Membntu meringankan beban dengan menyediakan perkhidmatan intervensi awal kanak-kanak istimewa Selangor.
  • Memberdaya golongan ibu bapa dengan ilmu bagi memastikan kemejadian Anak Istimewa.
  • Membantu Ibu Bapa melibatkan diri bersamarakan kumpulan sokongan Anak Istimewa.

4 KATEGORI LAYAK IKUTI PROGRAM INTERVENSI AWAL ANIS YAWAS

Terdapat 4 kategori golongan istimewa yang layak untuk mengikuti Program Intervensi Awal Pusat Anis iaitu:

  • Autisme
  • ADHD
  • Global Developmental Delay
  • Down Syndrom

SYARAT & DOKUMEN DIPERLUKAN

Antara syarat dan dokumen yang diperlukan ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua Kanak-Kanak Istimewa di Negeri Selangor bagi kategori Kurang Upaya Pembelajaran (Autisme, ADHD, Global Developmental Delay dan Down Syndrome) yang berumur antara 2 – 6 tahun
  • Memiliki Diagnosis dari doktor yang bertauliah
  • Pendaftaran dibuka kepada golongan B40 dan M40
  • Ibu/bapa/penjaga merupakan pengundi di Negeri Selangor
  • Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  • Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
  • Ibu bapa boleh memberi komitmen yang tinggi sepanjang anak berada di Pusat ANIS
  • Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan

Pendaftaran Program Intervensi Awal Pusat Anis Kini Di Buka. Ini Syarat & Dokumen Diperlukan

DOKUMEN DIPERLUKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan
  3. Salinan Kad Pengenalan Anak
  4. Salinan Kad OKU anak (jika ada)
  5. Salinan Diagnosis dari doktor yang bertauliah
  6. Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa
  7. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan)
  8. Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
  9. Salinan slip gaji ibu DAN bapa
  10. Salinan slip Semakan Daftar Pemilih SPR didapatkan di www.pengundi.spr.gov.my

PELAKSANAAN PROGRAM

Pendaftaran Program Intervensi Awal Pusat Anis Kini Di Buka. Ini Syarat & Dokumen Diperlukan

CARA MOHON

Pendaftaran adalah secara online di:

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang www.anisselangor.com/intervensianis
  2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
    1. Penghantaran melalui emel di [email protected]ATAU
    2. Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:

    Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
    Yayasan Warisan Anak Selangor
    Lot G26-G28 Tingkat G, Bangunan IDCC,
    Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam
    Hotline : 03-55453170 (Pusat ANIS)
    / 03 – 54818800 (YAWAS – HQ)

SOALAN LAZIM

Pendaftaran Program Intervensi Awal Pusat Anis Kini Di Buka. Ini Syarat & Dokumen Diperlukan

Baca juga: Cara Mohon Pendaftaran OKU JKM Dalam Tempoh PKP Secara Online & Ini Cara-Caranya Yang Anda Perlu Tahu

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.