Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program KerjayaGIG PEMULIH, RM600 Untuk Pekerja Sehingga 6 Bulan, RM200 Kepada Majikan

4,448

Pencari kerja dan pekerja digalakkan untuk memohon insentif sebanyak RM600 melalui Program Kerjaya Gig yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Permohonan telah dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021 dan boleh dibuat secara online sahaja melalui portal rasmi Perkeso yang akan dikongsikan sebentar nanti.

Semak syarat kelayakan dan cara mohon untuk pencari kerja dan majikan disini.

Baca juga: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) RM300 Lepasan Sekolah, Graduan Dibuka Untuk Permohonan. Ini Syarat Kelayakannya

INFO RINGKAS INSENTIF PROGRAM KERJAYAGIG PEMULIH RM600

Menurut PERKESO, terdapat 3 insentif yang dibuka untuk permohonan termasuk Program PenjanaKerjaya 3.0, Program KerjayaGig dan SIP Prihatin 2.0 untuk terus menggalakkan pewujudan pekerjaan baharu.

Pakej ini juga membuak ruang untuk pelanjutan Insentif Pengambilan Pekerja melalui Program PenjanaKerjaya 3.0 yang melayakkan majikan menerima 40% hingga 60% subsidi daripada jumlah gaji pekerja untuk tempoh 6 bulan.

Majikan yang menggajikan pekerja bermula 15 Jun 2021 dan seterusnya layak untuk memohon insentif pengambilan pekerja di bawah program-program tersebut.

TARIKH PERMOHONAN INSENTIF PROGRAM KERJAYAGIG PEMULIH RM600 & RM200

Majikan dan pencari kerja boleh membuat permohonan mulai:

  • 15 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021

JUMLAH INSENTIF PROGRAM KERJAYAGIG

Jumlah insentif bagi Program KerjayaGig PEMULIH adalah seperti berikut:

  • RM600: Bagi individu yang ditawarkan pekerjaan sementara atau gig sehingga 6 bulan
  • RM200: Kepada majikan , penyedia perkhidmatan, platfor atau pertubuhan yang menawarkan pekerjaan sementara atau gig yang berdaftar dengan PERKESO.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM KERJAYAGIG PEMULIH

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon Program KerjayaGig PEMULIH adalah seperti berikut:

  • Pekerja formal yang didaftarkan di PERKESO tetapi diberikan notis cuti tanpa gaji.
  • Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO.
  • Golongan penganggur tegar iaitu mereka yang menganggur lebih daripada 180 hari.
  • Orang kurang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, bekas banduan dan sebagainya.

SYARAT TAMBAHAN PROGRAM KERJAYAGIG

Antara syarat tambahan bagi Program KerjayaGig PEMULIH yang ditetapkan ialah:

  • Mengemukakan bukti aktiviti pekerjaan yang dijalankan sekurang-kurangnya 10 jam dalam seminggu untuk setiap bulan dengan memuat naik Log Aktiviti Gig melalui sistem permohonan untuk bayaran insentif berikutnya.
  • Memaklumkan pihak PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam dan sekiranya gagal berbuat demikian, jumlah bayaran diterima akan dituntut semula.

Cara Mohon Program KerjayaGIG PEMULIH, RM600 Untuk Pekerja Sehingga 6 Bulan, RM200 Kepada Majikan

CARA MOHON PROGRAM KERJAYAGIG

Terdapat 2 jenis cara memohon Program KerjayaGig PEMULIH iaitu untuk Penyedia Perkhidmatan GIG (Operator) dan Orang Bekerja Sendiri (OBS). Semak cara mohon berikut:

Penyedia Perkhidmatan GIG (Operator)

  • Mendaftar dan mengiklankan jawatan kosong di www.myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah dibawah Bekerja Sendiri).
  • Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja.
  • Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  • Proses kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada pekerja.
  • Majikan terima pembayaran dalam temph 30 hari.

Orang Bekerja Sendiri (OBS)

  • OBS menerima emel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan.
  • OBS akan menerima bayaran yang pertama selepas membuat pengesahan.
  • Untuk menerima pembayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu melengkapkan Log Aktiviti Gig menerusi PenjanaKerjaya (Bermula bulan kedua)
  • OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my

Baca juga: RM163 Bantuan Caruman PERKESO Melalui Program SPS Prihatin Wanita

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Program KerjayaGig PEMULIH di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...