Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka peluang kepada para siswazah untuk meningkatkan kemahiran masing-masing dengan menjalani Latihan Industri bersama mereka.
Jadi, siswazah diluar sana boleh mengambil peluang yang anda dengan menyertai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dengan pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh LHDNM.
Dapatkan syarat serta cara membuat permohonan melalui perkongsian ini.
TEMPOH PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI LHDNM 2021
Isi Kandungan
Tempoh permohonan bagi Latihan Industri LHDNM 2021 ialah:
- Bermula Januari 2021 hingga Disember 2021 / Sepanjang tahun
TEMPOH LATIHAN INDUSTRI LHDNM 2021
Tempoh minima latihan industri ialah selama:
- 2 bulan
SYARAT KELAYAKAN LATIHAN INDUSTRI LHDNM 2021
Syarat yang perlu dipenuhi untuk Latihan Industri LHDNM 2021 ialah:
- Warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah sarjana muda yang memerlukan latihan industri sebagai salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian.
- Mempunyai keputusan akademik yang cemerlang (CGPA 2.70 ke atas) dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.
- DItempatkan di cawangan LHDNM seluruh Malaysia.
BIDANG LATIHAN INDUSTRI LHDNM 2021 YANG DITAWARKAN
Senarai bidang Latihan Industri LHDNM 2021 yang ditawarkan ialah:
- Kejuruteraan
- Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Percukaian
- Pentadbiran
- Perakaunan
- Perundangan
- Psikologi
- Teknologi Maklumat
- Bidang yang berkaitan
CARA MOHON LATIHAN INDUSTRI LHDNM 2021
Untuk memohon Latihan Industri LHDNM 2021 ini, anda hanya perlu:
- Klik : https://career.hasil.gov.my
- Klik PENDAFTARAN BARU.
- Lengkapkan maklumat anda dan klik DAFTAR.
- Seterusnya masukkan maklumat yang diminta dan klik SETERUSNYA.
- Tandakan pada kotak PENGAKUAN PEMOHON dan klik SIMPAN.
- Permohonan anda telah siap.
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang info selanjutnya mengenai Latihan Industri LHDNM 2021, sila emelkan ke:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.