Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 MAIDAM Percuma & Elaun RM150 Sebulan

1,643

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu atau MAIDAM dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia dan Yayasan Pendidikan MAIDAM telah menyediakan Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 kepada rakyat Terengganu untuk disertai.

Belia dari golongan anak asnaf boleh membuat permohonan untuk menyertai program ini dan tiada yuran dikenakan kepada anda. Malahan, anda akan diberikan elaun setiap bulan serta pelbagai keistimewaan kepada anda yang mengikuti program ini.

Dapatkan cara membuat permohonan Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 MAIDAM melalui perkongsian ini.

Baca juga: Karnival PenjanaKerjaya Terengganu 2021 Mulai 3 Hingga 4 April 2021 Dengan 10,000 Jawatan Kosong

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BELIA ANAK ASNAF 2021

Tarikh permohonan untuk mengikuti Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 adalah:

  • 10 Mac 2021 hingga 4 April 2021

JENIS KURSUS YANG DITAWARKAN

Jenis kursus yang ditawarkan ialah:

Cara Mohon Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 MAIDAM Percuma & Elaun RM150 Sebulan

Cara Mohon Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 MAIDAM Percuma & Elaun RM150 Sebulan

SYARAT PENYERTAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BELIA ANAK ASNAF 2021

Syarat penyertaan untuk Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 ialah:

  • Rakyat negeri Terengganu atau pemaustatin tetap di negeri Terengganu.
  • Anak-anak asnaf fakir miskin sahaja.
  • Beragama Islam, baligh dan berakal.
  • Terbuka kepada lelaki sahaja.
  • Memiliki sijil SPM/atau setaraf atau tamat pengajian peringkat menengah.
  • Mempunyai minat yang mendalam berkaitan kursus tersebut.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah atau pengambilan dadah secara haram.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak buta warna.
  • Tidak menghidap sawan atau penyakit kronik.
  • Boleh menulis, membaca dan mengira.

MANFAAT PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BELIA ANAK ASNAF 2021

Manfaat buat anda yang mengikuti Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 adalah seperti berikut:

  • Tiada yuran kursus dikenakan kerana dibiayai sepenuhnya oleh MAIDAM.
  • Tiada caj yuran pendaftaran.
  • Elaun RM150 setiap bulan.
  • Makan dan minum disediakan 4 kali sehari.
  • Penginapan asrama yang selesa disediakan.
  • Sijil diberikan oleh pihak CIDB Malaysia.
  • Kad hijau CIDB dan OGSP percuma.

TEMPAT KURSUS

Semua peserta akan berkursus di:

  • Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Timur)
    Jenagir, 21700 Kuala Berang,
    Terengganu

BORANG PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BELIA ANAK ASNAF 2021

Download boang permohonan Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 berikut dan isikan maklumat yang diperlukan dengan betul dan jelas.

DOWNLOAD BORANG

Seterusnya borang yang siap diisi sila hantar ke:

  • Yayasan Pendidikan MAIDAM,
    Lot 9 & 10, Tingkat 1,
    Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,
    20100 Kuala Terengganu, Terengganu

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021, sila hubungi:

  • Telefon: 09-6223 500
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...