Program Latihan & Kerjaya Dalam Sektor Perladangan Secara Percuma. Semak Syarat Penyertaan Disini
Adakah anda berminat untuk bekerja dalam sektor perladangan tetapi tidak mempunyai sebarang kemahiran yang berkaitan? Jika ya, inilah peluang yang terbaik buat anda dengan menyertai Program Latihan dan Kerjaya dalam sektor perladangan sebagai operator perladangan.
Malahan terdapat pelbagai kelebihan yang bakal anda perolehi dan sudah pastinya program yang disediakan adalah percuma sahaja tanpa sebarang bayaran dikenakan kepada anda.
Teruskan bacaan anda dan dapatkan syarat penyertaan serta maklumat seterusnya melalui perkongsian ini.
SYARAT PENYERTAAN PROGRAM LATIHAN & KERJAYA DALAM SEKTOR PERLADANGAN
Isi Kandungan
Antara syarat untuk menyertai Program Latihan dan Kerjaya dalam sektor perladangan sebagai operator perladangan ialah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
- Boleh membaca, menulis dan mengira
- Sihat tubuh badan
- Lulus ujian saringan dan tapisan keselamatan
TEMPOH PROGRAM LATIHAN & KERJAYA DALAM SEKTOR PERLADANGAN
Tempoh yang ditetapkan untuk menjalani latihan dan kerjaya dalam sektor perladangan ialah:
- Tiga bulan / sepenuh masa
KELEBIHAN PROGRAM LATIHAN & KERJAYA DALAM SEKTOR PERLADANGAN
Antara kelebihan yang akan anda perolehi ketika menjalani Program Latihan dan Kerjaya dalam sektor perladangan ialah:
- Tiada yuran dikenakan
- Penginapan disediakan secara percuma
- Makan minum disediakan secara percuma
- Perlindungan insuran secara percuma
- Elaun latihan sebanyak RM1,000 setiap bulan
TARIKH KEMASUKAN KE PROGRAM LATIHAN & KERJAYA DALAM SEKTOR PERLADANGAN
Tarikh kemasukan untuk Program Latihan dan Kerjaya dalam sektor perladangan sebagai operator perladangan ialah:
- Februari 2021
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN & KERJAYA DALAM SEKTOR PERLADANGAN
Terdapat dua kaedah permohonan seperti berikut:
ONLINE
Untuk permohonan online, anda perlu layari pautan berikut dan mengisi permohonan anda.
MANUAL
Untuk permohonan secara manual pula, anda perlu muat turun borang dari pautan berikut.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada:
- 8 Januari 2021
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Program Latihan dan Kerjaya dalam sektor perladangan boleh menghubungi Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang di:
- Telefon: 09-5562 455
- Faks: 09-5564 570
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.