Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Terkini] Cara Mohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021) MARA

2,920

Anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara?

Jika jawapannya ialah ya, anda ditawarkan untuk memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021) MARA yang dibuka permohonannya secara atas talian (online).

Dapatkan cara membuat permohonan serta maklumat yang berkaitan seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) MARA. Semak Cara Mohon Sekarang

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021) MARA telah dibuka pada:

  • 21 September 2021 hingga 23 Oktober 2021

SYARAT PERMOHONAN

Sebelum membuat permohonan, semak dahulu syarat kelayakan permohonan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
  • Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:

Cara Mohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021) MARA

  • Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
  • Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

SYARAT AKADEMIK

Syarat akademik yang perlu dipenuhi oleh pemohon ialah:

Pelajar Baharu

  • Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf.
  • Telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Januari 2021.

Pelajar Sedia Ada

  • Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu.
  • Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.

Lain-Lain Syarat

  • Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
  • Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di pautan berikut:

Cara Mohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021) MARA

  • Isikan maklumat dengan betul

Cara Mohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021) MARA

  • Akhir sekali klik DAFTAR AKAUN.
  • Login semula dan kemaskini maklumat sebelum menghantar permohonan anda.
  • Jangan lupa cetak dan hantar dokumen yang berkaitan dengan permohonan kepada MARA.
Nota: Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

[Terkini] Cara Mohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021) MARA

Anda juga boleh rujuk infografik pada pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...