Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start, Geran Sehingga RM5,000

297

Usahawan luar bandar yang terjejas yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 dipelawa untuk memohon geran peniagaan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start.

Usahawan-usahawan ini akan menerima geran perniagaan dengan nilai maksimum sehingga RM5,000 jika berjaya dalam permohonan.

Dapatkan syarat-syarat kelayakan geran perniagaan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start disini.

APA ITU PROGRAM SOKONGAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR (SPKLB)?

Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start diwujudkan dengan tujuan:

  • Menyediakan kemudahan sokongan berbentuk geran padanan, program latihan dan pembangunan produk kepada usahawan luar bandar untuk pengeluaran produk dan pengembangan pasaran yang lebih luas.

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang dipelawa untuk memohon geran perniagaan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start ialah:

  • Usahawan luar bandar yang terjejas akibat pendemik COVID 19
  • Usahawan B40 dengan hasil jualan rendah

Yang memerlukan:

  • Bantuan untuk pembelian mesin/peralatan perniagaan
  • Bantuan modal pusingan
  • Bantuan pengubahsuaian premis

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk geran perniagaan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 dan ke atas
  3. Permohonan terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad
  4. Pemohon tidak disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan/ KPLB
    Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan menjalankan perniagaan sepenuh masa
  5. Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat berdaftar di luar bandar dengan merujuk kepada takrifan senarai Parlimen di bawah Majlis Pembangunan Luar Bandar
  6. Perniagaan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak
  7. Mempunyai lesen berniaga iaitu kebenaran menjalankan perniagaan daripada Pihak Berkuatkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan di Luar Kawasan Seliaan oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan
  8. Memiliki premis perniagaan yang bersesuaian
  9. Jumlah pendapatan tahunan kurang RM200,000

Cara Mohon Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start, Geran Sehingga RM5,000

Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan segera!

Anda juga boleh membuat permohonan dan pertanyaan di Pameran Korporat AKM KPLB pada:

  • 9 hingga 12 Disember 2021 di KL Convention Centre untuk penerangan lanjut

Anda juga boleh dapatkan bantuan perniagaan menerusi 53 bantuan menerusi Bajet 2022 yang telah diumumkan Menteri Kewangan baru-baru ini.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...