Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Rebat Bil Elektrik RM40. Ini Cara Semakan Kelayakan

2,316

Adakah anda tahu tentang kewujudan Program Rebat Elektrik RM40? Jika tidak tahu, elok kiranya anda ambil tahu kerana bil elektrik pastinya melambung tinggi sepanjang musim panas sekarang ini.

Sebelum ini juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, telah mengumumkan bahawa diskaun khas bil elektrik adalah sebanyak:

  • 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021

Baca juga: PERMAI: Lanjutan Diskaun Bil & Rebat Elektrik Sehingga 10% Selama 6 Bulan

INFO RINGKAS PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40

Program Rebat Elektrik RM40 ini telah dimulakan pada awal Januari 2019, seramai 185,000 rakyat Malaysia akan menikmati rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan.

Namun bantuan ini hanya untuk mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih yang layak mendapat bantuan kerajaan ini.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40

Untuk pengetahuan anda, Program Rebat Elektrik RM40 adalah layak untuk:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
  • Pendapatan isi rumah miskin tegar ialah kurang RM600 sebulan dan miskin kurang RM950 sebulan.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
  • Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang disenaraikan dalam Sistem eKasih.
  • Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
  • Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih.
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar).
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2018.
  • Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa.
  • Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

CARA MOHON PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40

Untuk membuat permohonan Program Rebat Elektrik RM40, anda perlu:

  • Daftar terlebih dahulu dengan sistem eKasih.
  • Daftar di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing.
  • Terus buat semakan di: https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik CARI.

Program Rebat Bil Elektrik RM40. Ini Cara Semakan Kelayakan

Baca juga: 10 Tips Elakkan Rumah Berbahang & Sejuk Ketika Tidur Malam

Bagi KIR yang layak berdaftar dengan eKasih, anda boleh mengemas kini nombor akaun bil elektrik secara online di http://bit.do/Rebat40.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut yang lebih jelas mengenai Program Rebat Bil Elektrik RM40, sila hubungi:

  • TNB Hotline: 1 300 88 5454
  • SESB Hotline: 088-515 000/15454
  • SARAWAK ENERGY: 1 300 88 3111
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...