Cara Mohon Program Train & Place. Dapatkan Sijil Industri Sektor Perladangan & Penempatan Dengan Gaji RM1200, Daftar Disini
Dimusim pandemik kini, kita semua digalakkan untuk tidak memilih sebarang pekerjaan yang ada kerana kebanyakan pencari kerja lebih memilih untuk mempunyai apa sahaja pekerjaan berbanding kelayakan.
Bagi anda yang masih lagi mencari pekerjaan, boleh ikuti Program Train & Place anjuran iCEPS Uitm dan Sime Darby Plantation Berhad.
Terdapat pelbagai kelebihan yang anda perolehi dengan mengikuti Program Train & Place dan buat pendaftaran disini sahaja.
TEMPOH PERMOHONAN
Isi Kandungan
Jika anda berminat, anda boleh membuat permohonan pada bila-bila masa sahaja kerana:
- Permohonan dibuka sepanjang tahun
TAWARAN GAJI
Setiap peserta akan ditawarkan gaji selepas latihan sebanyak:
- RM1,200 (Permulaan)
GOLONGAN SASARAN
Siapakah golongan sasaran yang digalakkan untuk mengikuti Program Train & Place:
- Golongan Asnaf Lembaga Zakat Selangor yang berdaftar.
MANFAAT & KELEBIHAN PROGRAM TRAIN & PLACE
Antara manfaat dan kelebihan yang bakal diperolehi adalah seperti berikut:
- Program latihan jangka masa pendek antara 1 hingga 2 bulan.
- Latihan berdasarkan modul yang dibangunkan oleh iCEPS Uitm dan Sime Darby Plantation Berhad.
- Kos latihan, tempat tinggal dan keseluruhan kos program adalah PERCUMA.
- Terdapat 5,873 kekosongan pelbagai jawatan di Sime Darby Plantation Berhad diseluruh negara.
- Ditawarkan penempatan pekerjaan di Sime Darby Plantation Berhad.
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online dipautan berikut:
- Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi maklumat dengan betul dan tepat.
- Akhir sekali klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
Atau buat pendaftaran dengan membuat imbasan kod QR pada poster dibawah:
Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Train & Place Sime Darby, sila dapatkan di:
- Facebook Lembaga Zakat Selangor
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.