Terdapat pelbagai program, kursus dan seminar keusahawanan yang dianjurkan oleh MARA sepanjang tahun 2021 dan anda boleh membuat pendaftaran untuk mengikuti semua program yang ditawarkan kepada anda.
Baca juga: Program Insentif Usahawan UDA Untuk PKS & Mikro 2021. Semak Cara Mohon & Syarat Kelayakan Disini
Anda boleh mendapatkan senarai program dan cara untuk membuat pendaftaran melalui perkongsian ini.
INFO LATIHAN KEUSAHAWANAN MARA
Isi Kandungan
Latihan Keusahawanan merupakan kursus-kursus berkaitan keusahawanan merangkumi aspek spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi.
KELEBIHAN MENYERTAI LATIHAN KEUSAHAWANAN MARA
Antara kelebihan yang boleh didapati jika anda menyertai latihan keusahawanan MARA seperti berikut:
- Modul latihan terkini yang menepati kehendak industri dan pasaran semasa.
- Pemudahcara yang berkelayakan dan berpengalaman terdiri daripada pakar industri, ahli akademik dan syarikat korporat.
- Mod pengajaran latihan berbentuk teori dan praktikal secara online dan offline.
- Bimbingan dan khidmat nasihat secara berterusan daripada Pegawai MARA.
- Peluang mendapat kemudahan sokongan melalui ekosistem perniagaan yang disediakan oleh MARA.
GOLONGAN SASARAN MENGIKUTI LATIHAN KEUSAHAWANAN MARA
Golongan sasaran yang perlu mengikuti latihan keusahawanan MARA ialah:
- Orang perseorangan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.
- Usahawan sedia ada yang ingin meningkatkan keupayaan dan kapasiti diri sebagai seorang usahawan.
KAEDAH PERLAKSANAAN
Kursus yang dianjurkan akan dilaksanakan seperti berikut:
- Stand alone atau secara berstruktur melibatkan beberapa modul dalam satu-satu siri latihan.
SENARAI KURSUS KEUSAHAWANAN MARA
Antara Kursus Keusahawanan MARA yang dianjurkan ialah:
BIL | JENIS KURSUS | TARIKH KURSUS |
1 | BEAUTY IN BUSINESS (BISS) PROGRAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN UNTUK USAHAWAN DALAM BIDANG KECANTIKAN & KESIHATAN. (PEMBANGUNAN PRODUK & PERKHIDMATAN) (101164) | 22 MAC 2021-24 MAC 2021 |
2 | KURSUS TEKNIK MEMILIH OEM UNTUK PRODUK MAKANAN & MINUMAN (101237) | 23 MAC 2021-24 MAC 2021 |
3 | KURSUS TRANSFORMASI PRODUK PELABELAN & PEMBUNGKUSAN (SARAWAK) (101064) | 16 MAC 2021-18 MAC 2021 |
4 | KURSUS HIT BARBER EXCLUSIVE (101165) | 16 MAC 2021-19 MAC 2021 |
5 | THE DESAMALL EXPERIENCE (101108) | 17 MAC 2021-17 MAC 2021 |
6 | PROGRAM PENINGKATAN DESAMALL@KPLB (101008) | 16 MAC 2021-16 MAC 2021 |
7 | PEMBANGUNAN USAHAWAN RESTORAN (PROSPER) (101118) | 22 MAC 2021-24 MAC 2021 |
8 | KURSUS YOUTUBE MASTERCLASS (101264) | 23 MAC 2021-25 MAC 2021 |
9 | KURSUS PEMBANGUNAN PRODUK KRAFTERA (101237) | 23 MAC 2021-25 MAC 2021 |
10 | F & B PACKAGING FOR DELIVERY (101017) | 22 MAC 2021-23 MAC 2021 |
11 | PROFESIONAL AUTO SPA & COATING (101164) | 24 MAC 2021-26 MAC 2021 |
12 | KURSUS PEMASARAN STRATEGIK SECARA DIGITAL (101108) | 23 MAC 2021-25 MAC 2021 |
13 | PENGURUSAN SISTEM TRANSMISI AUTOMATIK (101164) | 22 MAC 2021-23 MAC 2021 |
14 | PROFESSIONAL AUTO SPA & COATING (101164) | 29 MAC 2021-31 MAC 2021 |
15 | KURSUS PEMBANGUNAN PRODUK KRAF – KRAFTERA (101212) | 29 MAC 2021-31 MAC 2021 |
16 | PEMBANGUNAN USAHAWAN KAFE DAN RESTORAN (101164) | 29 MAC 2021-31 MAC 2021 |
17 | BUSINESS TURNAROUND (101064) | 29 MAC 2021-31 MAC 2021 |
18 | BENGKEL PROGRAM DESAMALL@KPLB (SIRI1) (101031) | 5 APRIL 2021-5 APRIL 2021 |
19 | BENGKEL PROGRAM DESAMALL@KPLB (SIRI2) (101031) | 6 APRIL 2021-6 APRIL 2021 |
20 | PRACTICAL PACKAGING AS PER INDUSTRY (101000) | 6 APRIL 2021-8 APRIL 2021 |
21 | AUTO DETAILING & VEHICLE COATING (101164) | 7 APRIL 2021-9 APRIL 2021 |
22 | PENGURUSAN FASILITI (101064) | AKAN DIKEMASKINI |
CARA MOHON LATIHAN KEUSAHAWANAN MARA
Untuk membuat permohonan, anda perlu masuk ke laman web MARA yang akan disediakan dibawah:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai latihan keusahawanan MARA, sila dapatkan di:
- Talian Utama MARA: 03-2613 2000
- Emel Rasmi MARA: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.