Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Vaksin Selangor (Selvax). Ada 2 Kategori Untuk Mohon, Selvax Komuniti & Selvax Industri

2,704

Pada 30 Julai 2021, Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Program Vaksin Selangor (SelVAX) sebagai usaha melengkapkan dan mempercepatkan proses vaksinasi rakyat.

Jadi, selepas ini, rakyat negeri Selangor boleh membuat permohonan di SelVAX untuk mendapatkan vaksinasi dengan lebih cepat untuk melengkapkan vaksinasi dikalangan komuniti.

Dapatkan cara membuat permohonan SelVAX seperti yang dikongsikan ini.

Baca juga: Permohonan Subsidi Internet Kerajaan Selangor (SISM40) Dibuka Mulai 1 Julai Ini. Mohon Secara Online & Ini Cara

INFO SELVAX

Usaha Program Vaksin Selangor (SelVAX) dilaksanakan dengan mengenalpasti kumpulan sasaran (SelVAX Komuniti) serta memelihara pekerja (SelVAX Industri) dalam negeri yang merupakan penyumbang terbesar keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Program percuma SelVAX Komuniti ini akan memberi manfaat kepada 250,000 warga Selangor yang masih belum divaksin, manakala Program SELVAX Industri merupakan sebuah program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran 1 juta pekerja.

2 KATEGORI PROGRAM VAKSIN SELANGOR (SELVAX)

Terdapat 2 kategori melalui Program Vaksin Selangor (SelVAX) ialah:

  • Selvax Komuniti
  • Selvax Industri

GOLONGAN SASARAN PROGRAM VAKSIN SELANGOR (SELVAX)

Golongan sasaran untuk memohon Program Vaksin Selangor (SelVAX) ialah:

  • Warga emas
  • Kumpulan B40
  • Penerima Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) seperti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Kasih Ibu Smart Selangor, (KISS) & Skim Peduli Sihat
  • Kategori lain berdasarkan keperluan

Cara Mohon Program Vaksin Selangor (Selvax). Ada 2 Kategori Untuk Mohon, Selvax Komuniti & Selvax Industri

MEDIUM PROGRAM VAKSIN SELANGOR (SELVAX)

Melalui Program Vaksin Selangor, pihaknya mensasarkan tambahan sehingga kapasiti 43,500 dos vaksin sehari melalui:

  • Lebih daripada 22 Pusat Pemberian Vaksin
  • Dewan komuniti
  • PPV bergerak
  • Klinik dan Hospital Swasta

CARA MOHON PROGRAM VAKSIN SELANGOR (SELVAX)

Untuk membuat permohonan, sila mohon secara online di pautan ini:

Cara Mohon Program Vaksin Selangor (Selvax). Ada 2 Kategori Untuk Mohon, Selvax Komuniti & Selvax Industri

  • Buat pendaftaran

Cara Mohon Program Vaksin Selangor (Selvax). Ada 2 Kategori Untuk Mohon, Selvax Komuniti & Selvax Industri

  • Lengkapkan maklumat untuk tempahan

  • Penjadualan dan pembayaran

  • Pastikan anda atau pekerja membuat persediaan dengan memuat turun aplikasi SelangkahApp dan buat pendaftaran sebagai pengguna.
  • Klik pada VAc (APPOINTMENT) untuk membuat temujanji vaksinasi.

  • Hadir ke klinik panel yang terpilih untuk divaksin mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

  • Bagi pekerja yang ramai pula, proses vaksinasi akan dilakukan ditempat kerja masing-masing atau harus hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih.

Cara Mohon Program Vaksin Selangor (Selvax). Ada 2 Kategori Untuk Mohon, Selvax Komuniti & Selvax Industri

  • Setelah lengkap 2 dos vaksinasi, anda akan menerima Sijil Digital Vaksinasi untuk kegunaan anda yang akan datang.

Jangan tunggu lagi dan buat pendaftaran dengan segera!

Baca juga: Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Sehingga RM1,300. Ini Tarikh Terima Bayaran BKC Mengikut Kategori

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Selvax di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...