Cara Mohon Projek Residensi Prihatin: 12,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Putrajaya Untuk Penjawat Awam & Golongan Muda Berkeluarga

Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini telah melaksanakan Program MY5 dengan 5 program utama iaitu:

  1. MYJob@Wilayah
  2. MYSchoolBus@Wilayah
  3. MYGrocer@Wilayah
  4. MYFood@Wilayah
  5. MYMedic@Wilayah

Rujuk: Program My5 Kementerian Wilayah Persekutuan 2021 Diperluaskan Dengan 5 Manfaat

Terkini, Kementerian Wilayah Persekutuan akan. melancarkan Projek Residensi Prihatin membabitkan pembinaan sebanyak 12,000 unit rumah mampu milik di Putrajaya pula.

TARIKH PERMULAAN PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK

Tarikh permulaan pembinaan rumah mampu milik ini akan dibina pada:

  • 22 Februari 2021

Dijangka siap dalam tempoh:

  • 24 hingga 30 bulan

JUMLAH UNIT RUMAH MAMPU MILIK

Untuk permulaaan, unit rumah mampu milik yang akan dibina dalah sebanyak:

  • 12,000 unit di Putrajaya

Selepas ini pembinaan rumah mampu milik ini akan diperluaskan di:

  • Labuan
  • Sabah
  • Kuala Lumpur

CIRI RUMAH MAMPU MILIK PROJEK RESIDENSI PRIHATIN

Ciri-ciri rumah mampu milik Projek Residensi Prihatin ialah:

  • Bernilai RM200,000 setiap satu
  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK PROJEK RESIDENSI PRIHATIN

Permohonan rumah mampu milik Projek Residensi Prihatin akan dibuka pada:

  • 23 Februari 2021

SYARAT UMUM PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK PROJEK RESIDENSI PRIHATIN

Keutamaan untuk permohonan rumah mampu milik Projek Residensi Prihatin adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas dan lahir/menetap/bekerja di Wilayah Persekutuan.
  • Berpendapatan kasar bawah RM5,000 sebulan
  • Permohonan rumah pertama sahaja
  • Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
  • Perlu mendaftar di portal: https://residensiprihatin.kwp.gov.my/
Nota: Tempoh sah laku permohonan adalah satu (1) tahun dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik dan status boleh disemak melalui akaun pemohon.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan rumah mampu milik Projek Residensi Prihatin secara online dipautan berikut:

Projek Residensi Prihatin: 12,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Putrajaya Untuk Penjawat Awam & Golongan Muda Berkeluarga

  • Untuk semakan, klik masuk ke laman portal yang sama dan klik SEMAKAN.
  • Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.

Cara Mohon Projek Residensi Prihatin: 12,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Putrajaya Untuk Penjawat Awam & Golongan Muda Berkeluarga

Nota: Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP) anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin.

DOKUMEN SOKONGAN

Cara Mohon Projek Residensi Prihatin: 12,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Putrajaya Untuk Penjawat Awam & Golongan Muda Berkeluarga

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarnag maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Kementerian Wilayah Persekutuan di:

  • Kementerian Wilayah Persekutuan
    Blok 1 & Blok 2, Menara Seri Wilayah
    Presint 2, 62100 Putrajaya
  • Telefon: 03-8000 8000
  • Faks: 03-8889 7957
  • [email protected]
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.