Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semua Rakyat Selangor Boleh Dapat Rebat Grab RM20 Kalau Pergi Ke PPV Untuk Vaksinasi. Daftar Dahulu Disini

1,169

Sebelum ini hanya warga emas di Selangor sahaja yang layak untuk memohon rebat Grab sebanyak RM20 jika hendak ke PPV untuk vaksinasi.

Rujuk: RM20 Rebat Pengangkutan Ke Pusat Vaksin Bagi Pengguna Grab Warga Emas Di Selangor. Semak Cara Mohon Disini

Terkini, inisiatif tersebut telah diperluaskan kepada semua golongan masyarakat negeri Selangor bagi penerima vaksin yang menggunakan perkhidmatan Grab sebagai pengangkutan ke PPV.

Jom lihat cara buat pendaftaran agar dapat memanfaatkan rebat Grab RM20 ini untuk ke PPV.

INFO REBAT GRAB RM20

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata penyediaan pemberian rebat bagi perkhidmatan e-panggilan Grab itu memberi manfaat kepada hampir 50,000 individu dengan peruntukan RM1 juta.

Sebelum itu, Rebat RM20 Grab ke PPV untuk warga emas diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor melalui Pakej Kita Selangor 2.0 untuk menggalakkan warga emas hadir ke pusat vaksinasi seterusnya menerima suntikan vaksin.

Untuk menggalakkan semua golongan masyarakat hadir ke PPV terima vaksin, ia diperluaskan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur.

Semua Rakyat Selangor Boleh Dapat Rebat Grab RM20 Kalau Pergi Ke PPV Untuk Vaksinasi. Daftar Dahulu Disini

GOLONGAN SASARAN

Rebat pengangkutan sebanyak RM20 bagi tujuan perjalanan mendapatkan suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) kini dibuka kepada:

  • Semua penerima vaksin berusia 18 tahun ke atas di Selangor.
  • Terbuka kepada semua rakyat Selangor yang layak menerima vaksin.
  • Menetap di negeri Selangor
  • Mempunyai akaun Grab sahaja

JUMLAH REBAT GRAB KE PPV

Jumlah rebat adalah sebanyak RM20 seperti berikut:

  • RM10 tambang pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
  • RM10 tambang balik dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

TEMPOH SAH PERJALANAN

Tempoh sah perjalanan adalah bermula pada:

  • 1 Julai hingga 30 September 2021

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan rebat RM20 Grab, sila klik pautan berikut:

RM20 Rebat Pengangkutan Ke Pusat Vaksin Bagi Pengguna Grab Warga Emas Di Selangor. Semak Cara Mohon Disini

Atau:

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Pilih Car dan masukkan lokasi pusat vaksinasi anda di Where to?
  3. Seterusnya, tekan Confirm Pick Up.
  4. Sebelum menempah perjalanan anda, tekan pada Offer di bahagian bawah jumlah bayaran untuk ke ganjaran diskaun anda.
  5. Klik Use Now pada bahagian active rewards
  6. Tempah kenderaan Grab anda.

Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...