Nak tahu tak? Anda sebenarnya boleh menggunakan Portal JPJ dan Aplikasi JPJ Info untuk membuat semakan roadtax secara online, seterusnya terus renew roadtax kenderaan anda, siteri, ibu bapa, anak dan sebagainya hanya melalui 2 kaedah di atas.
Rujuk: Cara Semak Roadtax Kenderaan Ibu Ayah Di Kampung Secara Online
Malahan, kerja anda menjadi lebih mudah kerana ianya dibuat secara online dan anda tidak perlu lagi perlu membazirkan masa untuk keluar ke kaunter semata-mata untuk membuat semakan serta memperbaharui roadtax kenderaan anda.
Jika anda ingin memperbaharui insurans kenderaan anda, gunkan sahaja aplikasi Pos Malaysia seperti yang akan dikongsikan ini.
CARA RENEW INSURANS MELALUI APLIKASI POS MALAYSIA
Untuk renew insurans kereta melalui aplikasi Pos Malaysia, langkah-langkah yang perlu anda ikuti ialah:
- Klik RENEW INSURANCE/TAKAFUL
- Klik jenis kenderaan yang ingin diperbarui insuransnya. (Kereta/Motorsikal)
- Isikan maklumat anda.
- Klik COVERAGE TYPE yang anda inginkan.
- Klik NEXT
- Harga insurans akan dipaparkan pada skrin anda.
Baca juga: Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap
Sekiranya sebut harga insurans tidak dapat dipaparkan, anda boleh menghantar aduan melalui butang SUBMIT dan pihak Pos Malaysia akan menghubungi anda beserta sebut harga dengan kadar yang segera.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.