Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Dah Boleh Renew Roadtax Motor (Cukai Jalan) Motorsikal Di PUSPAKOM Oktober Ini. Walk In Je, Tak Perlu Temujanji

879

Roadtax (Cukai Jalan) motorsikal anda telah tamat tempoh dalam tempoh yang terdekat ini?

Anda boleh permudahkan urusan anda sendiri dengan membuat pembaharuan lesen kenderaan motor/cukai jalan atau roadtax motorsikal anda di PUSPAKOM sahaja.

Jadi, tiada alasan lagi untuk anda melewatkan urusan renew roadtax motorsikal kerana boleh hadir ke PUSPAKOM secara walk-in sahaja. Semoga urusan anda dipermudahkan!

INFO URUSAN RENEW ROADTAX MOTORSIKAL PUSPAKOM

Semenjak tahun 2020, inisiatif pembaharuan LKM ini telah mula dilaksanakan kepada kenderaan decontrolled (kenderaan barangan dengan berat 7,500 kg ke bawah).

Selanjutnya, pada 1 September 2021 yang lepas, inisiatif pembaharuan LKM ini telah diperluaskan pula kepada kenderaan bermotor persendirian (kecuali kenderaan e-hailing).

TARIKH URUSAN RENEW ROADTAX MOTORSIKAL

Anda boleh membuat urusan pembaharuan roadtax motorsikal PUSPAKOM:

  • 1 Oktober 2021

LOKASI

Pemilik motorsikal boleh membuat urusan renew roadtax di:

  • Seluruh Semenanjung Malaysia (sahaja)

Dah Boleh Renew Roadtax Motor (Cukai Jalan) Motorsikal Di PUSPAKOM Oktober Ini. Walk In Je, Tak Perlu Temujanji

TEMUJANJI PUSPAKOM

Untuk urusan renew roadtax motorsikal di PUSPAKOM, anda hanya perlu:

  • Terus hadir ke mana-mana cawangan PUSPAKOM yang terdekat dengan anda (tanpa perlu membuat sebarang temujanji)

Selain itu, pemilik kenderaan seperti kereta dan ehailing boleh membuat pembaharuan insurans kenderaan masing-masing dengan diskaum sebanyak 3% mulai:

  • Ogos sehingga 31 Disember 2021

Sebelum anda hadir ke PUSPAKOM untuk renew insurans kenderaan, anda boleh dapatkan sebut harga secara percuma melalui pautan berikut:

Diskaun Sebanyak 3% & Bukan Sekadar Roadtax, Renew Insurans Kenderaan Juga Boleh Dibuat Di PUSPAKOM

Rujuk: Diskaun Sebanyak 3% & Bukan Sekadar Roadtax, Renew Insurans Kenderaan Juga Boleh Dibuat Di PUSPAKOM

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...