Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Anda Kini Boleh Renew Roadtax Tanpa Melalui Proses Penilaian PUSPAKOM Bagi Kenderaan Tamat Tempoh Tidak Lebih 3 Tahun

0 2,947

Berita baik buat pemilik kenderaan yang cukai jalannya telah tamat tempoh tidak lebih dari tiga tahun. Anda kini boleh renew roadtax serta insuran kenderaan anda yang telah tamat tempoh tetapi tidak lebih daripada tiga tahun dengan cara lebih mudah.

Anda tidak perlu lagi melalui proses penilaian PUSPAKOM. Hal ini bermaksud, anda tidak perlu untuk membawa motosikal atau kenderaan anda yang telah tamat tempoh ke PUSPAKOM terdekat. Ada cara yang lebih mudah!

jpj 3

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan program pemutihan yang bermula beberapa hari lepas sehingga akhir bulan Jun tahun 2018. Sepanjang tempoh ini, anda bolehlah menghidupkan semula insuran dan roadtax dengan cara mudah.

Program pemutihan yang pertama kalinya dijalankan di negara kita ini juga turut mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat insuran.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, program pemutihan ini merupakan bukti keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat khususnya mereka yang berada dalam kumpulan B40 iaitu kumpulan berpendapatan isi rumah 40% terendah.

jpj

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata demikian dalam sidang akhbar ketika melancarkan Karnival Kementerian Pengangkutan di Bentong Sabtu lalu. Beliau juga menyeru kesemua pemilik kenderaan yang terlibat untuk mengambil peluang ini dengan memperbaharui lesen serta insuran mereka dalam masa tiga bulan ini.

Selain daripada tidak perlu membawa kenderaan ke PUSPAKOM untuk dinilai dan diluluskan bagi memperbaharui cukai jalan serta insuran anda, anda juga bakal memperoleh faedah lain iaitu dapat menikmati potongan bayaran insuran jika memperbaharuinya dalam tempoh tiga bulan ini.

Bagi motosikal 125cc, anda akan mendapat diskaun bayaran dan anda hanya perlu bayar sebanyak RM80 berbanding harga biasa pada kadar RM100 hingga RM140.

DI MANAKAH PROGRAM PEMUTIHAN INI DIJALANKAN?

Program pemutihan yang merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu masyarakat memperbaharui roadtax dan insuran ini akan dijalankan di seluruh pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid menganggarkan
terdapat hampir 28 juta kenderaan berdaftar di Malaysia. Walau bagaimanapun, pada tahun 2017 hanya terdapat 19 juta sahaja yang memperbaharui cukai jalan.

Berdasarkan kenyataan Datuk Shaharuddin ini, jelaslah bahawa sejumlah besar kenderaan di Malaysia tidak berdaftar dan kebanyakan kenderaan yang tidak berdaftar ini adalah disebabkan telah tamat tempoh selama tidak lebih daripada tiga tahun.

Proses menghidupkan semula roadtax yang agak susah bagi kenderaan yang telah tamat tempoh kurang daripada tiga tahun menjadi faktor utama masyarakat tidak mahu menghidupkan semula roadtax kenderaan.

Dengan adanya program pemutihan, diharapkan anda yang terlibat segera menghidupkan semula roadtax dalam tempoh tiga bulan ini supaya kenderaan anda diiktiraf berdaftar. Pastikan anda merebut peluang ini!

Source sumber
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...