Perniagaan anda semakin lama semakin maju dan ingin menjadikan perniagaan lebih stabil dalam tempoh jangka masa yang panjang.
PUNB menyediakan satu inisiatif kepada semua usahawan yang ingin mempunyai premis perniagaan sendiri melalui Program Rent-To-Own.
Semak syarat kelayakan disini dan buat permohonan sekiranya layak dan semoga impian meluaskan perniagaan anda tercapai.
APA ITU RENT-TO-OWN PUNB?
Isi Kandungan
Apa itu inisiatif Rent-To-Own yang disediakan PUNB? Rent-To-Own ini merupakan:
- Satu inisiatif yang bertujuan membantu usahawan/penyewa bumiputera untuk memiliki hanrtanah/premis perniagaan sendiri.
SYARAT KELAYAKAN SKIM RENT-TO-OWN
Jika anda berminat untuk miliki premis perniagaan sendiri melalui Skim Rent-To-Own, semak dahulu syarat kelayakan yang ditetapkan PUNB seperti berikut:
- Terbuka kepada penyewa premis bumiputera yang telah memenuhi tempoh penyewaan hartanah/premis untuk 3 tahun.
- 30% daripada sewaan premis PUNB yang dibayar akan dianggap sebagai ibra’ (sebagai deposit bangunan) jika penyewa memenuhi syarat diatas.
- Mempunyai rekod pembayaran sewaan yang baik
- Pemilikan/pembelian hartanah adalah terhad kepada 1 individu/entiti untuk 1 hartanah sahaja dalam tempoh skim RTO.
CARA MOHON
Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu mengisi maklumat di borang berikut:
- Masukkan Nama, E-mel, Nombor telefon dan Komen anda.
- Dan akhir sekali klik Hantar.
Baca juga: SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 Sehingga RM100 Ribu
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Bagi anda yang berminat untuk memohon Skim Rent-To-Own, sila hubungi Pegawai PUNB di Jabatan Hartanah PUNB di saluran berikut:
- Mohd Shabril Mohd Shariff
03-2785 1895
[email protected] - Noranisah Abdul Ghani
03-2730 2061
[email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.