Bosan makan nasi ketika bersahur? Anda ingin mencuba makan lain selain daripada nasi dan semestinya bagus untuk kesihatan dan kecergasan anda sepanjang berpuasa.
Apa kata anda cuba resepi oat yang berkhasiat ini kerana dengan memakan oat ini, anda boleh bertahan puasa lebih daripada 8 jam sehari.
Secara tidak langsung, ini berita baik buat anda yang merancang berpuasa sambil melangsingkan badan.
Ini resepinya untuk anda.
Resepi Oat Dan Kurma
Isi Kandungan
Untuk membuat resepi ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kurma : 2-3 biji
- Oat : 3 sudu besar
- Susu : 300 ml
Cara Penyediaan
Cara penyediaan untuk resepi ini adalah yang paling mudah sekali iaitu dengan memasukkan ketiga-tiga bahan tadi ke dalam shaker dan goncang. Kemudian simpan dalam peti ais.
Dah siap!
Inilah resepi yang paling mudah untuk disediakan. Mudah, pantas dan bagus untuk kesihatan anda. Tiada lagi alasan tidak dapat berpuasa kerana tidak sempat bersahur.
Selamat mencuba.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.