Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Resume Anda Dalam Bahasa Inggeris? Ini “Resume Power Words” Yang Perlu Anda Guna

2,038

Majikan sememangnya tidak mempunyai banyak masa untuk membaca resume anda satu persatu kerana mereka akan membaca resume sekali imbas dengan melihat kemahiran anda yang ada dan bersesuaian dengan keperluan mereka.

Resume Power Words yang sesuai perlu digunakan untuk menonjolkan kemahiran dan pengalaman anda terutamanya jika anda membuat resume di dalam bahasa Inggeris.

resume6

Faedah Menggunakan Resume Power Words

Faedah menggunakan Resume Power Words ialah :

Meningkatkan keupayaan membaca

Anda mungkin menggunakan beberapa istilah yang berkaitan dengan pekerjaan sebelum ini dan anda boleh menerangkan tanpa menggunakan perkataan yang terlalu teknikal.

Contoh :

Ayat teknikal

“Komponen teras yang direfleksikan dari Ruby hingga Node.js.”

Ayat biasa

“Penggunaan kod yang mudah boleh meningkatkan pembangunan produktiviti pasukan”

Pelbagaikan ayat

Kadang-kala sukar untuk menggambarkan tugas yang serupa tanpa mengulang kata kerja yang sama. Senarai Resume Power Words boleh dijadikan rujukan dan membantu anda menambah pelbagai keterangan dan menjadikan ayat lebih menarik.

Contoh :

Ayat kebiasaan digunakan :

  • Bertanggungjawab menguruskan pasukan seramai lima wakil jualan.
  • Bertanggungjawab untuk mencapai matlamat penjualan bulanan.
  • Bertanggungjawab untuk berkomunikasi setiap minggu dengan klien untuk memastikan kejayaan.

Tukar dengan ayat berikut :

  • Mengurus, menjadi mentor dan mengembangkan pasukan yang terdiri daripada lima wakil jualan.
  • Mencapai dan melebihi sasaran penjualan bulanan.
  • Mengadakan pertemuan dengan pelanggan secara mingguan untuk memupuk hubungan dan komunikasi secara terbuka dan memastikan kejayaan berterusan.

Cara Memilih Resume Power Words Yang Sesuai

Beberapa perkataan yang berkesan dan lain daripada yang lain dapat menggambarkan kemahiran dan pengalaman khusus anda. Luangkan masa untuk menyemak maklumat dan kenal pasti syarat yang sesuai dengan kelebihan dan pengalaman anda. Kemudian gunakan Resume Power Words untuk menggambarkan pencapaian tersebut.

Contohnya, jika anda memohon jawatan pengurus perkhidmatan pelanggan dan majikan telah menyatakan :

“Pengalaman memimpin dan melatih ejen perkhidmatan pelanggan baru”.

Huraikan pengalaman anda seperti ini :

“Memberi tunjuk ajar wakil perkhidmatan pelanggan baru mengenai amalan terbaik, melatih pekerja baru melalui panggilan pertama mereka dan bertindak sebagai mentor pasukan.”

Seterusnya, dapatkan maklumat syarikat untuk mendapatkan petunjuk mengenai budaya dan nilai organisasi untuk mencari cara memasukkan keterangan tersebut dalam resume.

Contoh, jika syarikat menyatakan, “Mencari pekerja dengan etika kerja yang kuat dan boleh bekerja dengan penuh tanggungjawab.”

Huraikan pengalaman anda seperti ini :

“Mencari peluang untuk meningkatkan pengalaman dan mengembangkan kemahiran saya dan menerima dengan terbuka sekiranya diberi sebuah projek yang mencabar serta berusaha untuk mencapai matlamat syarikat.”

resume1

Resume Power Words

Berikut adalah beberapa Resume Power Words yang sesuai digunakan mengikut jawatan atau kemahiran seperti :

Resume Power Words mengenai berkaitan kepimpinan

  • Assist
  • Authorize
  • Counsel
  • Critique
  • Cultivate
  • Delegate
  • Develop
  • Direct
  • Educate
  • Enable
  • Enforce
  • Evaluate
  • Foster
  • Guide
  • Inspire
  • Lead
  • Manage
  • Mentor
  • Monitor
  • Motivate
  • Review
  • Run
  • Supervise
  • Teach
  • Unite

Resume Power Words mengenai bahagian jualan dan perkhidmatan pelanggan

  • Accelerate
  • Accomplish
  • Advance
  • Advise
  • Advocate
  • Achieve
  • Boost
  • Build
  • Capture
  • Convince
  • Correspond
  • Deliver
  • Drive
  • Earn
  • Enhance
  • Expand
  • Field
  • Generate
  • Increase
  • Initiate
  • Maximize
  • Merge
  • Negotiate
  • Outperform
  • Perform
  • Persuade
  • Resolve
  • Stimulate
  • Sustain
  • Win
  • Yield

Resume Power Words berkaitan komunikasi atau kreatif

  • Address
  • Aid
  • Author
  • Build
  • Collaborate
  • Compose
  • Conceptualize
  • Construct
  • Convey
  • Demonstrate
  • Develop
  • Document
  • Draft
  • Edit
  • Establish
  • Energize
  • Explain
  • Formulate
  • Guide
  • Illustrate
  • Interact
  • Listen
  • Modify
  • Prepare
  • Share
  • Showcasev
  • Transform
  • Translate
  • Upgrade
  • Visualize
  • Write

Resume Power Words berkaitan bahagian teknikal

  • Advance
  • Architect
  • Automate
  • Code
  • Deploy
  • Develop
  • Devise
  • Discover
  • Implement
  • Program
  • Test
  • Transform
  • Troubleshoot
  • Upgrade

Resume Power Words mengenai pengurusan projek

  • Coordinate
  • Complete
  • Delegate
  • Execute
  • Facilitate
  • Formulate
  • Guide
  • Handle
  • Implement
  • Inspect
  • Initiate
  • Introduce
  • Launch
  • Manage
  • Map
  • Organize
  • Plan
  • Process
  • Prioritize
  • Propose
  • Reorganize
  • Report
  • Represent
  • Solve
  • Spearhead
  • Test
  • Track

Resume Power Words mengenai pencapaian

  • Attain
  • Complete
  • Earn
  • Exceed
  • Grow
  • Reach
  • Succeed
  • Surpass

Sekiranya anda tidak pasti untuk memasukkan kata-kata kuat dalam resume dan surat lamaran anda, highlight setiap kata kerja dan cari sinonim yang tepat untuk menggantikannya dari senarai di atas. Ini akan menyebabkan resume anda diberi perhatian oleh bakal majikan dan mereka akan terus fokus kepada pengalaman berharga anda.

gooood

Tidak ada kejayaan yang akan datang tanpa usaha. Berusahalah untuk mendapat apa yang anda inginkan. Walaupun resume sekadar ringkasan diri anda, jika ianya disiapkan dengan cantik, kemas dan penuh dengan maklumat yang penting, ia menjadi sangat berharga. Gunakan tips di atas untuk membantu anda menghasilkan resume yang dicari oleh majikan.

Semoga anda berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...