Update Resume Anda Dan Buang 3 Perkara Yang OutDated Ini

Masih lagi dengan resume yang lama dan tidak pernah update dengan kandungan baru? Jika ya, sila update dengan maklumat terkini dan menurut seorang pakar dalam bidang pekerjaa, terdapat 3 perkara yang telah outdated serta perlu dibuang dari resume anda.

Maklumlah, resume yang lama-lama ini agak membosankan ayat-ayatnya dan kelihatan sama sahaja sekiranya tidak di kemas kini dari semasa ke semasa.

Jom kita lihat apakah 3 perkara yang telah outdated atau tidak relevan untuk terus kekal berada dalam resume anda.

Update Resume Anda Dan Buang 3 Perkara Yang OutDated Ini

3 PERKARA YANG OUTDATED DALAM RESUME

Apakah 3 perkara yang tidak relevan dan perlu dibuang dari resume anda? Lihat sini :

  • Rumusan Resume (Summary Statements)
  • Objektif Resume (Objective Statements) 
  • Apa Yang Anda Cari Dalam Pekerjaan (What You’re Looking For In A Job)

1 Rumusan Resume (Summary Statements)

Apa yang anda tahu mengenai rumusan resume? Ia lebih berkaitan dengan pencapaian yang anda perolehi dan disenaraikan dalam resume anda. Mengapa tidak perlu dimasukkan lagi dalam resume? Tidak perlu dimasukkan lagi kerana anda sudah nyatakan pencapaian anda pada bahagian pengalaman kerjaya anda dan pastinya bakal majikan sudah jelas. Jika masukkan juga, ibarat anda ulang semula pula.

2 Objektif Resume (Objective Statements)

Sudah pastinya bakal majikan tahu anda sangat berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan. Jadi, tidak perlu lagi anda nyatakan betapa berminatnya anda terhadap jawatan tersebut pada mereka. Jika anda hantar resume dan cover letter itu bermakna anda memang berminat untuk dapatkan jawatan tersebut, bukan?

3 Apa Yang Anda Cari Dalam Pekerjaan (What You’re Looking For In A Job)

Pada bahagian ini selalunya pencari kerja akan menjelaskan mengapa mereka memerlukan pekerjaan tersebut. Jadi, tidak perlu jelaskan dalam resume anda kerana ia menunjukkan seolah-olah anda langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman bekerja sebelum ini.

PERKARA YANG BOLEH DIGANTIKAN DALAM RESUME

Jika 3 perkara tersebut dibuang dari resume, perlukah ganti dengan perkara yang lain? Ya, anda boleh gantikan dengan 2 perkara berikut :

  • Rujuk latar belakang pekerjaan dengan padat dan ringkas
  • Masukkan 2 kemahiran paling utama

CONTOH KEMAHIRAN YANG BOLEH DIMASUKKAN KE DALAM RESUME ANDA

Ada banyak kemahiran dan tak tahu nk letakkan yang mana satu dalam resume? Kaji semula skop kerja bagi jawatan yang anda pohon. Kemudian sesuaikan dengan skop kerja jawatan tersebut.

Mudah bukan? Jadi, selepas ini resume anda sudah cukup padat dengan 1 muka surat dan updated pula tu.

Semoga berjaya!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.