Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Apa Yang Tidak Boleh & Apa Yang Boleh Dibuat Ketika Hantar Resume Kepada HR Melalui Emel?

1,174

Banyak betul ya pantang larang untuk menghantar resume melalui emel kepada Human Resources (HR) sesuatu jabatan.

Perkara yang menjadi larangan jangan anda lakukan sebaliknya buat penambahbaikan dan cuba amalkan tips-tips terbaik yang dikongsikan oleh pakar-pakar temuduga atau HR yang mengendalikan proses pengambilan pekerja.

Juga ingat, update selalu resume anda dan sesuaikan ia dengan jawatan yang anda mohon! Cuba jadikan resume anda sesuatu yang WOW FACTOR sehingga menarik perhatian majikan untuk ambil anda bekerja tau!

4 LAMAN WEB CIPTA RESUME SELAIN MICROSOFT WORD

Tahu tak anda terdapat 4 laman web untuk mencipta resume selain daripada Microsoft Word, Power Point dan Excel?

Kalau anda nak tahu ini 4 laman web yang boleh anda gunakan untuk mencipta resume tanpa perlu download aplikasinya:

  1. CVMAKER
  2. VISUALCV
  3. HLOOM
  4. CANVA

Rujuk: 4 Laman Web Mencipta Resume Untuk Newbie Seperti Anda. Tak Perlu Pening Nak Fikir Template Resume Lagi Dah. Semua Ada Disini

APA YANG TIDAK BOLEH & BOLEH DIBUAT KETIKA HANTAR RESUME SECARA EMEL KEPADA HR?

Kalau nak hantar resume kepada Human Resources (HR), apa yang anda tidak boleh lakukan ialah:

  • Jangan save file resume anda dengan format word atau jpeg
  • File resume terlalu besar
  • Jangan pisah-pisahkan file resume semasa anda sedang menghantar permohonan kerja

Apa pula yang boleh dibuat ketika hantar resume secara emel kepada HR ketika membuat permohonan jawatan?

Kalau anda buat apa yang dikongsikan ini, confirm HR suka terima emel permohonan kerja dan resume anda pastinya menjadi keutamaan majikan.

Anda cuma lakukan ini:

  • Beri file resume dalam format PDF kepada HR syarikat tersebut
  • Pastikan file resume tidak terlalu besar untuk diemelkan kepada HR
  • Satukan semua dokumen dalam satu file untuk memudahkan HR

MENGAPA PERLU SAVE DALAM FORMAT PDF?

Mengapa perlu save semua dokumen termasuk resume dalam format PDF?

Pemohon kerja perlu menyimpan semua dokumen dalam format PDF kerana:

  • Ia lebih senang untuk dibuka jika dibandingkan dengan format lain. Malah anda boleh memudahkan HR nanti bila HR nak membuat semakan resume yang dihantar.

KENAPA SIZE FILE TAK BOLEH TERLALU BESAR?

HR lebih suka file yang lebih kecil kerana:

  • Ia lebih senang untuk di download dan untuk disimpan.

Size file yang elok untuk di save ialah sebanyak:

  • 1 mb hingga 2 mb sahaja

KENAPA PERLU JADIKAN 1 FILE PDF SAHAJA?

Mesti ada sebabnya kan? Ia bertujuan untuk:

  • Memudahkan HR bila mereka download fail permohonan anda.

Pastikan fail anda disusun sekali Cover Letter, Sijil-sijil Pendidikan dan dokumen penting yang lain.

Simple dan mudah untuk anda amalkan kalau nak mohon kerja melalui emel.

Semoga anda semua berjaya dalam permohonan nanti ya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...