RM200 Tunai, Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19 Jika Terjejas Pendapatan

Ramai rakyat yang terjejas pendapatan dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan memberikan bantuan secara tunai sebanyak RM200 kepada mereka yang layak mellaui Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19.

Untuk makluman anda, Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19 ini merupakan satu bentuk bantuan daripada MAINJ kepada mereka yang sangat memerlukan terutamanya individu yang terjejas sumber pendapatan akibat Covid-19 yang melanda negara dengan peruntukan sebanyak RM3.4juta.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KHAS TAMBAHAN MINHAH COVID19

Tarikh untuk permohonan online Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19 ialah:

  • 1 Disember 2020 – 20 Disember 2020

JUMLAH BANTUAN BANTUAN KHAS TAMBAHAN MINHAH COVID19

Bantuan yang diberikan adalah secara tunai atau one-off dan berjumlah sebanyak:

  • RM200 / individu yang layak

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KHAS TAMBAHAN MINHAH COVID19

Syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon ialah:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Hendaklah bermastautin di Johor sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • BUKAN penerima Bantuan Bulanan MAINJ.
Nota : MAINJ berhak menolak permohonan sekiranya butiran yang diberikan tidak benar dan tidak mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan

CARA MOHON BANTUAN KHAS TAMBAHAN MINHAH COVID19

Anda boleh lengkapkan borang permohonan mengikut daerah di pautan berikut:

DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN BANTUAN KHAS TAMBAHAN MINHAH COVID19

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan pasangan
  • Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan

RM200 Tunai, Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19 Jika Terjejas Pendapatan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19 sila hubungi MAINJ di:

  • Laman web : MAINJ
  • Telefon : 07-2282929
  • Faks : 07-2238752
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.