Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM500 Kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Bas Persiaran, Bas Sekolah & e-Hailing Secara Automatik

1,109

Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing dikecualikan daripada melalui proses permohonan bantuan PERMAI walaupun sebelum ini pernah menerima bantuan PRIHATIN.

Ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses pembayaran bantuan one-off sebanyak RM500 kepada golongan ini.

Rujuk: Bantuan RM500 Untuk Pemandu e-Hailing, Pemandu Teksi, Bas & Pemandu Pelancong

Malahan, para pemandu juga akan dikecualikan 2 jenis cukai iaitu duti eksais dan cukai jualan yang mana syarat dilonggarkan kepada 5 tahun mulai 1 Januari 2021.

GOLONGAN SASARAN BANTUAN RM500

Bantuan sebanyak RM500 ini akan dimanfaatkan oleh golongan berikut:

  • Pemandu pelancong
  • Pemandu teksi
  • Pemandu bas sekolah
  • Pemandu bas persiaran
  • Pemandu kereta sewa
  • Pemandu e-hailing

JUMLAH BANTUAN KEPADA PEMANDU TEKSI, KERETA SEWA, BAS & E-HAILING

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak:

  • RM500 secara sekali bayar

KELULUSAN SECARA AUTOMATIK KEPADA PEMANDU TEKSI, KERETA SEWA, BAS & E-HAILING

  • Bagi teksi dan kereta sewa, semua pemandu yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan Permai.
  • Manakala bagi semua pemandu bas persiaran yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sahaja.
  • Semua pemandu bas sekolah yang menepati syarat kelayakan juga tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing. Hanya saringan lesen vokasional, lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang sah sahaja akan dibuat.

SYARAT PENDAPATAN MINIMUM DIKURANGKAN

Syarat minimum sebelum ini adalah sebanyak RM1,200 untuk pemandu e-hailing juga telah dikurangkan kepada minimum sebanyak RM700 sahaja bagi bulan:

  • Oktober 2020
  • November 2020
  • Disember 2020

MAKLUMAT TEPAT & TERKINI

Bagi permohonan yang baru pula, Kementerian Pengangkutan Malaysia meminta setiap pemohon untuk membrikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan tujuan:

  • Memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai kepada setiap pemandu tidak lagi tertangguh.

Bantuan RM500 Untuk Pemandu e-Hailing, Pemandu Teksi, Bas & Pemandu Pelancong

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...