eRumahJohor: Rumah Mampu Biaya Johor. Semak Syarat & Mohon Secara Online
Untuk memudahkan rakyat negeri Johor mampu memiliki rumah sendiri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) telah membangunkan satu sistem iaitu eRumahJohor iaitu portal hartanah negeri Johor. Melalui portal ini, pemohon boleh membuat semakan syarat kelayakan, cara membuat permohonan dan semakan status permohonan secara online.
Anda juga boleh memohon 3 projek terkini Rumah Mampu Biaya Johor yang kini dibuka melalui laman web eRumahJohor dan dapatkan senarai projek dengan harga rumah serendah RM42,000.
Harga rumah ini diletakkan dengan jumlah yang agak berbaloi dan mampu biaya kerana ianya disasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah serta sederhana untuk memiliki rumah sendiri pada masa yang terdekat.
Seterusnya, buat semakan kelayakan dan buat permohonan melalui perkongsian ini.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR
Isi Kandungan
Untuk membuat permohonan Rumah Mampu Biaya Johor, anda perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu iaitu:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap selama 5 tahun di negeri Johor.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Berstatus samada bujang atau telah berkahwin.
- Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR melebihi 5 tahun adalah layak untuk memohon rumah kedua.
- Setiap pasangan suami / isteri hanya boleh membuat 1 permohonan sahaja.
- Bagi pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR / RKSR / PKJ A / PKJ B tetap boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ.
- Hanya 1 pemilikan sahaja dibenarkan bagi Kedai Kos Sederhana Rendah.
- Pemohon / pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana atau rumah mewah adalah TIDAK LAYAK memohon.
- Tempoh sah laku pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran.
CARA MOHON RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR
Sila ikuti langkah-langkah permohonan Rumah Mampu Biaya Johor seperti berikut:
- Klik pautan ini: http://erumah.johor.gov.my/
- Seterusnya buat pendaftaran akaun untuk pengguna kali pertama.
- Klik DAFTAR AKAUN SEKARANG.
- Klik INDIVIDU.
- Kemudian klik SAYA SETUJU untuk teruskan pendaftaran.
- Lengkapkan maklumat, tandakan pada kotak SAYA BUKAN ROBOT dan klik DAFTAR.
- Setelah siap, klik LOG MASUK KE DALAM AKAUN untuk membuat permohonan anda.
- Kemudian sila buat serahan dokumen ke kaunter pejabat SUKJ di alamat:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan,
Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor.
SENARAI PROJEK TERKINI RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR
Terdapat 3 senarai projek terkini Rumah Mampu Biaya Johor dan permohonannya dibuka pada:
- Disember 2020 sehingga 4 Februari 2021
3 PROJEK TERKINI
- Taman Mega Ria 2 (A): Tangkak: Rumah Teres 2 Tingkat: RM42,000
- Taman Mega Ria 2 (B) :Tangkak: Rumah Teres 2 Tingkat: RM80,000
- Taman Desa Tropika (B):Batu Pahat: Rumah Teres 2 Tingkat: RM80,000
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Rumah Mampu Biaya Johor di saluran berikut:
- Telefon: 07-2666 260 / 07-2666 261
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.