Untung betul rakyat negeri Melaka kerana Lembaga Perumahan Melaka (LPNM) telah menyediakan 6 kategori Rumah Mampu Milik di Melaka dengan harga yang sangat murah dan berbaloi untuk dimiliki oleh rakyatya.
Pastinya anda yang belum memiliki rumah terutamanya golongan B40 serta belia yang berpendapatan rendah digalakkan untuk membuat permohonan memiliki rumah mampu milik yang murah harganya berbanding pasaran luar.
Dapatkan cara permohonan serta syarat kelayakan berdasarkan 6 kategori rumah mampu milik ini.
SYARAT KELAYAKAN RUMAH MAMPU MILIK MELAKA LPNM MENGIKUT KATEGORI
Isi Kandungan
6 kategori Rumah Mampu Milik Melaka LPNM beserta syarat kelayakan ialah:
RUMAH PPR
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
- Tidak pernah memiliki rumah
- Berumur 20 tahun ke atas
RUMAH KOS RENDAH
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
- Tidak pernah memiliki rumah
- Berumur 20 tahun ke atas
RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM6,000 sebulan
- Berumur 20 tahun ke atas
RUMAH MAMPU MILIK
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
- Berumur 20 tahun ke atas
RUMAH BELIA
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
- Berumur 18 hingga 35 tahun
RUMAH BERKAT
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berkahwin
- Pemohon berusia 20 hingga 35 tahun
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri
- Pemohon bekerja di Melaka
- Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
- Tempoh penyewaan hanya 3 tahun
- Tiada rekod jenayah
DOKUMEN SOKONGAN BAGI PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK MELAKA LPNM
Semua permohonan bagi 6 kategori Rumah Mampu Milik Melaka LPNM ini memerlukan dokumen sokongan seperti berikut:
- Gambar berukuran pasport.
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pasangan (Suami & Isteri).
- Salinan sijil nikah atau surat pendaftaran perkahwinan (Jika berkenaan).
- Sijil cerai atau sijil kematian (Jika berkenaan).
- Salinan slip gaji terkini atau surat akuan pendapatan dan disahkan benar oleh majikan / MPKK (Suami & Isteri)
- Bayaran proses RM5
- Salinan surat beranak bagi pemohon yang berasal dari Sarawak & Sabah
CARA MOHON RUMAH MAMPU MILIK MELAKA LPNM
Terdapat 2 kaedah untuk mohon Rumah Mampu Milik Melaka LPNM iaitu:
Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka LPNM Manual
Dapatkan borang permohonan di :
- Pejabat Lembaga Perumahan Melaka ATAU
- Kaunter LPM di UTC
- Muat turun dari laman web : https://lpnm.gov.my/
Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka LPNM Online
Mohon secara online seperti berikut:
- Layari pautan ini : https://espt.lpnm.gov.my/frontend/web/user/login
- Klik DAFTAR PENGGUNA.
- Isikan maklumat yang diminta.
- Buat pengesahan melalui e-mel.
- Pilih projek yang bersesuaian dengan kelayakan anda.
- Buat permohonan dan isi maklumat yang diperlukan dan klik HANTAR.
Untuk dapatkan senarai projek penuh, sila klik pautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Pejabat Lembaga Perumahan Melaka
- No. 9 – 1, Jalan TU 49A,
Kompleks Komersial Boulevard,
Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh.
Tel: 606-2320450
Pejabat Lembaga Perumahan Melaka Cawangan UTC
- Aras 5, Bangunan UTC Melaka,
Jalan Hang Tuah,
Melaka.
Tel : 606-3333333
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.