2 Jenis Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021 & Cara Permohonan

Masih berminat untuk dapatkan rumah mampu milik untuk dijadikan rumah pertama anda? Jika ya, anda boleh membuat permohonan rumah mampu milik Negeri Sembilan yang telah dibuka permohonannya bermula 9 Februari 2021.

Baca juga: Projek Residensi Prihatin: 12,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Putrajaya Untuk Penjawat Awam & Golongan Muda Berkeluarga

Anda boleh membuat semakan kelayakan dan membuat permohonan melalui perkongsian ini dan buat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada 22 Februari ini.

DASAR PERUMAHAN NEGERI SEMBILAN

Dasar Perumahan Negeri Sembilan menggariskan empat (4) perkara utama dalam Perumahan Mampu Milik iaitu

  • Komponen pembangunan dan harga perumahan
  • Komposisi pembangunan perumahan
  • Keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan
  • Kuota bumiputera.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda perlu membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada:

  • 22 Februari 2021

2 JENIS RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN

2 jenis rumah mampu milik Negeri Sembilan ialah:

  • Taman Juasseh Sentosa Fasa 2, Daerah Kuala Pilah
  • Taman Bakti YNS, Mukim Labu Daerah Seremban

SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN

Syarat permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan ialah:

Taman Juasseh Sentosa Fasa 2, Daerah Kuala Pilah

  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,500.00 sebulan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam Daerah Kuala Pilah serta telah berkahwin.
  • Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di Bahagian H serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.
  • Download borang permohonan di pautan: https://docs.google.com/forms/

2 Jenis Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021 & Cara Permohonan

Taman Bakti YNS, Mukim Labu Daerah Seremban

  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,500.00 sebulan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam Daerah Seremban serta telah berkahwin.
  • Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di Bahagian H serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.
  • Download borang permohonan di pautan: https://docs.google.com/forms/

2 Jenis Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021 & Cara Permohonan

Baca juga: MAIWP: Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Bulanan Mengikut Kelayakan

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.