Sebanyak 7,374 unit program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibina dalam masa terdekat bagi membantu warga Kementerian Pertahanan untuk membeli dan memiliki rumah sendiri.
Ini adalah bertujuan untuk membantu golongan ATM mempunyai rumah sendiri semasa bekerja dan sehinggalah mereka berpencen. Ini adalah kerana ramai anggota ATM yang menyewa rumah selain tinggal di kuartes yang disediakan di dalam kem ATM.
Jadi, program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat bermanfaat buat anggota ATM untuk memiliki kediaman sendiri dan sesuai dengan gaji yang diterima oleh setiap anggota.
HARGA RUMAH SASaR ATM
Isi Kandungan
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, rumah SASaR itu akan dijual dengan harga:
- Unit Mampu Milik: RM150,000 hingga RM250,000 seunit.
- Unit Premium: RM350,000 hingga RM400,000 seunit.
Harga adalah 30 peratus hingga 50 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.
Program ini turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak swasta.
Program SASaR merupakan salah satu fokus yang terdapat dibawah Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan yang dilancarkan pada 3 April 2018.
Sebanyak 3,500 unit rumah bertingkat di bawah program ini dibina di kawasan seluas 23 ekar di Kem Transmitter, Sungai Besi yang diberi nama Residensi Satria Sungai Besi.
LOKASI RUMAH SASar ATM
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020 telah bersetuju secara prinsip terhadap cadangan Kementerian Pertahanan untuk membina perumahan SASaR di:
- Unit Mampu Milik: Kem Genting Kelang, Kuala Lumpur.
- Unit Premium: Kem Wardieburn.
RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA (RKAT)
Sebanyak 2,367 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) baharu sedang dan akan dibina di seluruh negara pada tahun ini bagi menampung keperluan anggota ATM.
Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) baharu adalah di:
- Kem Oran, Perlis
- Kem Tok Jalai, Alir Setar, Kedah
- Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan
- Kem Tumbi, Jeli,Kelantan
- Kem Batu 10, Sibu, Sarawak
- Kem Sri Miri, Sarawak
- Kem Lok Kawi, Sabah
“Kementerian Pertahanan telah memperuntukan sebanyak RM150 juta menerusi Bajet 2020 dan kementerian turut menerima suntikan RM50 juta lagi melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (PRE) bagi penyelenggaraan RKAT serta bagunan am dan teknikal.
“Sehingga kini sebanyak 3,3113 unit RKAT sedang diselenggara dan dinaik taraf termasuk infrastrukturnya yang sebahagiannya di bawah PRE akan siap sepenuhnya sebelum Oktober tahun ini.”
Kementerian Pertahanan telah mengadakan kolaborasi strategik dengan kementerian dan agensi swasta lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) serta PR1MA bagi mengenal pasti mekanisma yang bersesuaian termasuk mendapatkan laluan khas kepada permohonan sedia ada.
Beberapa projek perumahan juga telah dikenal pasti di semua negeri dan kini dalam proses perbincangan harga serta jenis rumah yang boleh ditawarkan kepada veteran ATM.
PRASYARAT PERMOHONAN RUMAH SASaR ATM
Berikut adalah prasyarat permohonan Rumah SASaR ATM:
- Rumah pertama
- Baki gaji selepas ditolak pinjaman perumahan melebihi 20%
- Bebas dari sekatan bank atau senarai hitam
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.