Senarai Jumlah Saman JPJ 2021 Bagi Kesalahan Motorsikal

Kebanyakan penunggang motorsikal tahu apakah perkara kesalahan yang perlu mereka elakkan kerana saman yang dikeluarkan agak besar jumlahnya.

Seperti yang dinyatakan baru-baru ini, kesalahan bagi mereka yang mengubahsuai ekzos motorsikal menjadi terlalu bising sehingga menganggu orang ramai boleh menyebabkan mereka didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Baca juga: Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos & Bawa Dokumen Ini Ya

Jadi, apakah pilihan anda?

Teruskan bacaan anda dan lihat berapakah jumlah saman yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motorsikal yang melakukan kesalahan.

SENARAI SAMAN JPJ PENUNGGANG MOTORSIKAL

Berikut adalah harga saman yang dikeluarkan oleh JPJ kepada penunggang motorsikal yang melakukan kesalahan:

KADAR BAYARAN 1

Tempoh bayaran

  • 1 hingga 15 hari: RM300
  • 16 hingga 30 hari: RM 300
  • 31 hingga 60 hari: RM 300

Jenis Kesalahan

  • Tidak memakai topi keledar
  • Topi keledar tidak diikat selamat
  • Topi keledar tidak mengikut piawaian
  • Gagal mematuhi isyarat lalulintas had laju yang ditetapkan (KEJARA)

KADAR BAYARAN 2

Tempoh bayaran

  • 1 hingga 15 hari: RM150
  • 16 hingga 30 hari: RM 200
  • 31 hingga 60 hari: RM 300

Jenis Kesalahan

  • Meletak kenderaan di garisan berkembar
  • Meletak kenderaan di garisan lurus dan putus-putus

KADAR BAYARAN 3

Tempoh bayaran

  • 1 hingga 15 hari: RM100
  • 16 hingga 30 hari: RM 150
  • 31 hingga 60 hari: RM 250

Jenis Kesalahan

  • Pemandu letak kenderaan menghalang lalulintas-motosikal
  • Berhenti di petak kuning
  • Pandu perlahan di sebelah kanan jalan
  • Tidak pandu di sebelah kiri jalan
  • Tidak rapat kiri semasa membelok kiri
  • Tidak rapat kanan semasa membelok kanan
  • Tidak ikut lorong betul semasa hampir di simpang
  • Pusing u di tempat yang tidak dibenarkan
  • Tiada cdl
  • Membawa lebih daripada seorang penumpang
  • Menghalang lalulintas semasa memandu
  • Tidak beri laluan pada ambulan,bomba,polis,jpj,kastam
  • (KEJARA)
  • Tidak selenggara kenderaan dengan baik
  • Topi keledar dipasang cermin pelindung muka berwarna
  • Motosikal menarik treler
  • Menghalang pergerakan lalulintas yang lain
  • Meletak kenderaan di tempat yang menyebabkan bahaya
  • Meletak kenderaan berhampiran pili bomba kurang dari 10 kaki
  • Meletak kenderaan di hentian bas kurang dari 30 kaki
  • Meletak kenderaan di simpang jalan kurang dari 30 kaki
  • Meletak kenderaan di selekoh kurang dari 30 kaki
  • Berhenti di lintasan pejalan kaki

KADAR BAYARAN 4

Tempoh bayaran

  • 1 hingga 15 hari: RM70
  • 16 hingga 30 hari: RM 120
  • 31 hingga 60 hari: RM 200

Jenis Kesalahan

  • Mempamerkan no. Pendaftaran tidak mengikut spesifikasi
  • Gagal kemuka lesen kenderaan motor-motosikal >250CC

KADAR BAYARAN 5

Tempoh bayaran

  • 1 hingga 15 hari: RM50
  • 16 hingga 30 hari: RM 100
  • 31 hingga 60 hari: RM 150

Jenis Kesalahan

  • Kenderaan barangan tiada tanda di badan kenderaan yang ditetapkan
  • Bawa barangan di dalam kenderaan tidak sesuai (motosikal =<250cc)
  • Meter kelajuan tidak diselenggara dengan baik (motosikal =<250cc)
  • Tanpa memasang hon
  • Memasang siren tanpa kebenaran
  • Lampu petunjuk arah tidak mengikut spesifikasi (motosikal
  • Tidak pasang lampu berhenti
  • Lampu berhenti tidak mengikut spesifikasi
  • Tidak selenggara penyenyap bunyi dengan baik
  • Tidak selenggara tayar dengan baik
  • Mengeluarkan bunyi bising yang keterlaluan
  • Memasang lampu hadapan selain warna putih
  • Motosikal tidak menyalakan lampu setiap masa

KADAR BAYARAN 6

Tempoh bayaran

  • 1 hingga 15 hari: RM40
  • 16 hingga 30 hari: RM 70
  • 31 hingga 60 hari: RM 120

Jenis Kesalahan

  • Tidak berkuat kuasa perakuan pemeriksaan-motosikal
  • Gagal pamer perakuan pemeriksaan kenderaan (motosikal
  • Gagal mematuhi isyarat lalulintas lorong motosikal
  • Gagal mematuhi isyarat lalulintas letak kenderaan ditanda no parking
  • Gagal mematuhi isyarat lalulintas letak kenderaan di garisan kuning
  • Gagal mematuhi isyarat lalulintas letak kenderaan di garisan putih
  • Mempamerkan no. Pendaftaran yang sukar dicamkan depan dan belakang
  • Mempamerkan no. Pendaftaran yang sukar dicamkan depan
  • Mempamerkan no. Pendaftaranyang sukar dicamkan belakang
  • Gagal mematuhi perintah larangan pg1
  • Gagal patuhi notis arah periksa
  • Tidak patuhi arahan hantar kenderaan untuk tujuan sita
  • Gagal beritahu pengarah perubahan butir-butir kenderaan
  • Tidak buat tukar hakmilik dalam masa 7hari
  • Tidak pamer plat ‘l’ hadapan
  • Tidak pamer plat ‘l’ belakang
  • Tidak pamer plat ‘l’ hadapan dan belakang
  • Pamer plat ‘l’ hadapan tidak mengikut spesifikasi
  • Pamer plat ‘l’ belakang tidak mengikut spesifikasi
  • Pamer plat ‘l’ hadapan dan belakang tidak mengikut spesifikasi
  • Gagal mematuhi syarat ldl (membawa penumpang)
  • Tidak pamer plat ‘p’ hadapan
  • Tidak pamer plat ‘p’ belakang
  • Tidak pamer plat ‘p’ hadapan dan belakang
  • Pamer plat ‘p’ hadapan tidak mengikut spesifikasi
  • Pamer plat p’ belakang tidak mengikut spesifikasi
  • Pamer plat ‘p’ hadapan dan belakang tidak mengikut spesifikasi
  • Cdl tamat tempoh
  • Pdl tamat tempoh
  • Gagal mengemuka pdl
  • (kejara)
  • Gagal kemuka cdl semasa diperiksa
  • Gagal patuhi notis 114 temusiasat
  • Gagal beri maklumat pemandu
  • Guna kenderaan semasa lesen kenderaan motor telah diserah balik
  • Gagal kemuka lesen kenderaan motor-motosikal
  • Mengalih kenderaan yang disita tanpa kebenaran

KADAR SAMAN BAGI KESALAHAN LAIN

Bagi kesalahan lain pula, kadar saman yang dikenakan oleh JPJ, sila rujuk jadual dibawah:

Baca juga: Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.