Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Semak Kelayakan Bantuan Tablet & Laptop Pelajar B40 Inisiatif Cerdik Yayasan Hasanah. Buat Semakan Sekarang

5,657

Jika anda berada tergolong dalam Golongan B40 serta mempunyai anak-anak yang perlu belajar di rumah atau PdPR, anda boleh membuat semakan kelayakan untuk permohonan Inisiatif Cedik Yayasan Hasanah mulai sekarang.

Sebelum itu, Yayasan hasanah pernah menyatakan bahawa mereka akan memberikan laptop dan tablet kepada murid dari Golongan B40 menerusi Inisiatif Cerdik bermula Februari 2021 ini.

Rujuk: Laptop & Tablet Diberi Mulai Februari Untuk PdPR Melalui Inisiatif Cerdik Yayasan Hasanah

Inisiatif Cerdik adalah bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan norma baharu pelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah.

OBJEKTIF INISIATIF CERDIK

Inisiatif Cerdik ini diperkenalkan dengan tujuan untuk merapatkan jurang digital pembelajaran dalam norma baru ini serta membolehkan akses pembelajaran kepada murid sekolah yang memerlukan.

Empat objektif utama Inisiatif Cerdik ialah:

  1. Untuk menyediakan peranti, akses dan sambungan data kepada murid sekolah yang terpinggir.
  2. Untuk membolehkan murid memperolehi pembelajaran dalam talian semasa penutupan sekolah dan juga pengalaman pembelajaran digital untuk masa depan apabila sekolah dibuka semula.
  3. Untuk merapatkan jurang pembelajaran antara mereka yang mampu membeli peranti digital dengan mereka yang tidak berkemampuan.
  4. Mempelopori model pembelajaran digital oleh KPM untuk penggunaan masa depan.

PERANAN YAYASAN HASANAH DALAM INISIATIF CERDIK

Yayasan Hasanah adalah Sekretariat inisiatif CERDIK. Yayasan ini menguruskan sumbangan, secara tunai dan seumpamanya, daripada syarikat yang terlibat dengan bekerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

NEGERI TERPILIH UNTUK INISIATIF CERDIK

Buat masa ini, negeri-negeri terpilih adalah:

  • Kedah
  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Johor
  • Kelantan
  • Sabah
  • Sarawak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti negeri-negeri tersebut berdasarkan data penduduk B40 di negara untuk membantu masyarakat miskin bandar dan luar bandar.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN INISIATIF CERDIK

Untuk pengetahuan anda, segala kemudahan tablet atau laptop akan diedarkan kepada murid seperti berikut:

  • Melalui kohort terpilih di sekolah-sekolah terpilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan bukannya melalui proses permohonan.
  • Murid yang layak serta ibu bapa mereka akan dimaklumkan sebelum tarikh pengagihan.

CARA PEMILIHAN SEKOLAH & MURID UNTUK MENERIMA BANTUAN INISIATIF CERDIK

Terdapat 2 cara untuk pemilihan penerima bantuan Inisiatif Cerdik iaitu:

Sekolah

  • Pemilihan sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berdasarkan pendapatan isi rumah dan tahap akademik murid.
  • Sekolah-sekolah tersebut haruslah berada dalam kawasan yang mempunyai capaian internet sedia ada, serta berada dalam lingkungan jarak yang wajar antara satu sama lain bagi memudahkan pelaksanaan program dan penyaluran khidmat sokongan.

Murid

  • Murid yang berkelayakan adalah mereka yang terpinggir dari kohort terpilih oleh KPM (B40, ibu bapa tunggal, berkeperluan khas, Orang Asli), dari isi rumah dengan pendapatan ≤ RM4,849 / bulan, dan tidak mempunyai akses pembelajaran atas talian pada masa ini.

Cara Semak Kelayakan Bantuan Tablet & Laptop Pelajar B40 Inisiatif Cerdik Yayasan Hasanah. Buat Semakan Sekarang

ALAT BANTUAN YANG AKAN DITERIMA OLEH MURID YANG LAYAK

Alat bantuan yang aka diterima oleh pihak sekolah seterusnya diberikan kepada murid ialah:

  • Komputer riba (i3 atau setara)
  • iPad

Peranti ini akan dibekalkan dengan tempoh jaminan sekurang-kurangnya 12 bulan.

TARIKH EDARAN TABLET & LAPTOP KEPADA MURID

Murid-murid akan menerima tablet dan laptop bermula:

  • Februari 2021 sehingga selesai

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Yayasan Hasanah melalui:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...